Restoran makanan pantai timur di Pulau Pinang

Orang kelate, orang ganu....yang duduk diperantauan terutamanya di negeri Pulau Pinang, mesti korang rindu masakan timur...kalau ikutkan jarang ada restoran yang sediakan makanan timur di negeri selain negeri pantai timur...tapi kat seberang jaya, Pulau Pinang ni ada satu restoran yang boleh mengubat rindu masakan timur bagi orang-orang pantai timur ni...Nama restoran ni adalah restoran Anggerik Desa......
Restoran Anggerik Desa - masakan pantai timur dan selera kampung
Banyak makanan pantai timur yang ada kat sini...aku try makan nasi kerabu...memang terbaik la...rasa cam duduk kat kelantan pada waktu dan ketika itu..hihihihi..macam biasa la nasi kerabu ni, korang boleh pilih lauk apa yangkorang nak makan...
Nasi kerabu Anggerik Desa

Pilihan lauk nasi kerabu
Kuih muih berasaskan makanan pantai timur pun ada gak kat sini...selain tu, pelbagai jenis bubur pun ada dijual...segalanya berkonsepkan makanan timur...maka suka sangat la pokcik mokcik abang kakak yang berasal dari kelantan...makanan feveret ada di Pulau Pinang ni....

Nasi Ayam Zakaria Permatang Pauh

Terdapat pilihan untuk yang memang nak merasai keenakkan nasi ayam. Sebelum ni aku dah pernah cerita pasai TAT nasi ayam dan maksu nasi ayam seberang jaya . Mungkin korang boleh cuba gak la kat sini. Sedap gak la nasi ayam kat sini..Selain itu korang boleh try juga mihun sup, moi sup dan koew teow sup sebagai menu tambahan.
kedai nasi ayam Zakaria

view dalam kedai nasi ayam Zakaria
Kedai makan ni terletak kat Kawasan Permatang Pauh (Pulau Pinang)..Kalau korang dari Highway BKE, exit permatang pauh (Sekolah Kebangsaan To' Kandu), ambil kanan....dalam 100 meter ke depan, korang akan nampak kedai ni belah kanan. (boleh refer gps koordinat dan google map kat bawah)
Walaupun kedai ni nampak biasa jer, tapi resepi nasi ayam turun temurun yang diwarisi oleh keluarga Zakaria ni sangat sedap...cuma aku nak bagi cadangan sikit la kat owner, buat la sikit renovation bagi nampak cantik kedai ni...bukannya apa....biar la kesedapan makanan selari dengan suasana kedai...baru ummmph....
nasi dan sup

ayam terbaik dengan sos kicap dan sos cili
GPS koordinat:  5°23'57.1"N 100°25'02.1"E

 google map nasi ayam zakaria

D' Madinah Cafee - roti bakar dan makanan barat ( Kulim, Kedah)

Ok jangan salah faham dengan nama restoran ni...bukan kat madinah, tapi dekat Kulim Kedah. Kenapa Madinah? aku taktau...peliknya menu utama semua makanan barat...kot-kot la nama Madinah tapi buat makan timur tengah logik la sikit...aku biarkan persoalan tu menjadi mesteri nusantara.....Apa yang menariknya kat sini. selain korang boleh pilih menu western yang korang suka, ada menu yang rare sikit...makanan barat tapi makan ala-ala dalam talam..hahahahaha...mungkin 'Madinah' tu kat talam tu la kot..hihihihi...
D' Madinah Cafee, Kulim Kedah
Makan talam western ni diorang sediakan ada set tertentu...boleh pilih berdasarkan bajet korang la..ada set keluarga,set kasih sayang dan set bulan madu...Kebetulan masa aku pergi tu, set tu dah sold out..jadi aku boleh snap gambar kat buku menu je la.....
set menu D' Madinah Cafee
Walaubagaimanapun, aku dapat la gak rasa chicken chop dan french fries...sebab anak aku minat sangat makan chicken chop ni....Masa aku datang tu, ramai gak la customer tengah makan..aku pun cari pakai gps tempat ni..maybe lambat sampai, makanan banyak dah habis..Jadi kat sini aku share la gak gps koordinat dan google map kat korang...kalau-kalau korang nak datang cuba....