RESEPI IKAN BAWAL MASAK SOS

 

IKAN BAWAL MASAK SOS
IKAN BAWAL MASAK SOS

Bahan-bahannya :
  • 1 ekor Ikan Bawal. (ikan lain pun boleh)
  • Sedikit Garam*
  • Sedikit Kunyit Serbuk*
  • 1 sudu besar Tepung Jagung*
  • 1 1/2 inci Halia Muda. (diracik halus)
  • 2 biji Tomato. (dibuang biji)**
  • 1/2 labu Bawang Besar**
  • 3 ulas Bawang Putih**
  • 3 ulas Bawang Merah**
  • 2 biji Limau Kasturi. (buang biji)**
  • 5 sudu besar Sos Cili
  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu kecil Kicap Pekat
  • 1/2 sudu kecil Lada Sulah
  • 1 sudu besar Tepung Jagung dibancuh bersama 1/2 cawan air .(jika suka, untuk memekatkan kuah)
  • Garam, gula dan Serbuk Perasa.
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis.
  • Kisarkan bahan-bahan bertanda **
Cara-caranya :
  • Gaulkan Ikan Bawal dan bahan bertanda*. Goreng sehingga garing.
  • Dalam kuali lain, panaskan 2 sudu besar Minyak Masak dan tumiskan Halia Muda yang diracik sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang dikisar, kacau hingga sebati.
  • Masukkan Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram, Kicap Pekat dan Lada Sulah. Kacau sehingga masak.
  • Akhir sekali, masukkan air tepung jagung (jika perlu), garam, gula dan serbuk perasa. Jika suka masukkan 1/2 labu baki Bawang Besar tadi yang dihiris bulat.
  • Apabila dah siap curahkan kuah tadi ke atas ikan yang dah digoreng. Sedia untuk dihidang.
kredit resepi: DenaiHati Network

Resepi gulai tenggiri

gulai tenggiri
gulai tenggiri

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 tbsp cili kisar
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 tbsp biji sawi
  • Rempah kasar
  • 5 tbsp rempah kari ikan
  • 5 keping ikan tenggiri
  • Bendi
  • Terung
  • Tomato
  • 2 asam keping
  • Air secukup nya
  • Santan rm2
  • Gula
  • Garam
Cara-cara:
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian masukkan daun kari dan biji sawi. Tumis seketika
  • Kemudian masukkan rempah kasar, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. Tumis hingga layu.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  • Setelah itu, masukkan pula rempah kari ikan dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan sedikit air, dan terung. Biar seketika. Masukkan pula bendi dan juga ikan tenggiri
  • Masukkan santan dan tomato. Perasakan. Gulai ikan tenggiri sedia dihidang bersama nasi panas dan ikan masin. 
  • Selamat mencuba
Kredit resepi: seminit resepi 

Resepi otak-otak Ikan Tenggiri

Otak-otak Ikan Tenggiri
Otak-otak Ikan Tenggiri

BAHAN-BAHAN (Hidangan untuk 30 keping):
  • 300 gm ikan tenggiri
  • 2 sudu besar santan pekat
  • 1 biji telur ayam
  • 1/4 cawan tepung ubi garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN(Sambal)
  • 3 sudu besar cili
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 1 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai dihiris
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1/4 cawan air
BAHAN-BAHAN (Untuk membungkus)
  • Daun kelapa
  • Lidi
CARA-CARA MEMBUATNYA
  • Mula-mula masukkan bawang putih, belacan, buah keras, halia, kunyit, lengkuas, serai, rempah kari ikan, cili, air asam jawa dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Kemudian tumis dgn minyak sehingga mendidih dan ketepikan seketika
  • Kisar isi ikan sehingga halus dan campurkan bersama santan pekat, tepung ubi, telur,sedikit air,garam, gula serta bahan-bahan sambal. Gaul sebati.
  • Selepas itu, ambil satu sudu besar isi ikan masukkan ke dalam daun kelapa. Kemudian kepitkan dgn lidi di kedua-dua hujungnya dengan kemas. Langkah ini diulangi sehingga semua adunan habis.
  • Bakar di atas arang hingga daun nampak garing dan otak-otak masak
  • Otak-otak sedia untuk dihidang. Ia boleh juga dimasukkan ke dalam petisejuk beku jika ingin disimpan lama.
Kredit Resepi:iCookAsia