Kuih simpul kasih Inti Serunding Ikan Bilis

Kuih simpul kasih Inti Serunding Ikan Bilis
Kuih simpul kasih Inti Serunding Ikan Bilis

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 12 tangkai cili kering(rebus dulu)
  • 1 biji bawang besar(potong kecil)
  • 5 ulas bawang putih(potong kecil)
  • 5 batang serai(potong kecil)
  • Sedikit halia(agak-agak jela)potong kecil
  • 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn santan pekat)
  • 2 sudu mkn gula
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • 1 sudu teh garam
Cara-cara:
  • cuci ikan bilis..& rebus hingga mendidih..toskan & kisar guna blender kering..
  • masukkan bahan-bahan lain dalam blender..bwg besar,bwg putih,serai,halia,cili kering,santan &air..kisar hingga sebati
  • panaskan minyak dlm kuali..masukkan bhn2 yg telah dikisar td..kacau selama 5 minit..masukkan gula & garam
  • masukkan ikan bilis yg telah diblender tadi..kacau sehingga kering..agak lama jgk nak tggu kering..lebih kurang 40-45minit
  • sukatan kat atas tu utk kuantiti yg sikit je..cukup utk sepaket kulit popia
  • step seterusnya,sediakan kulit popia..gunting kecil2..sy potong 8 bahagian utk sekeping kulit popia tu
  • letakkan serunding sikit atas kulit popia td..simpul kemas2..buat hingga habis..
  • goreng hingga masak..
Kredit Resepi: siti hajar hashim via mahn

Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat

Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat
Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat

Bahan :
  • Ikan talang masin bahagian kepala, tulang dan isi. -rendam sekejap untuk kurangkan masin
  • 1/2 biji nenas - dipotong kiub
  • 300 ml santan
  • 2 bungkus kecil rempah kari daging / udang
  • 1-2 cawan air
Bahan tumis darat:
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawnag merah
  • 1/2 sudu biji sawi
  • 8-10 helai daun kari
  • 4 sudu besar minyak
Cara-cara:
  • Dalam periuk, masukkan tulang ikan talang dan kepala bersama serbuk rempah kari dan air secukupnya. Rebus seketika supaya rempah masak dan sehingga tulang dan kepala ikan lembut.
  • Masukkan nenas dan isi ikan talang. Masak sehingga mendidih.
  • Masukkan santan dan kacau rata. Masak lagi hingga mendidih dan kuah menjadi mesra. Rasakan garam. Hati hati kerana ikan masin tu ada ada garamnya sendiri.
  • Tumis bahan tumis darat didalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak. Tumis sehingga garing dan wangi.
  • Tuang bahan tumisan kedalam periuk kari tadi. Minyak tumis jangan dimasukkan semua.
  • Kacau rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap kedalam kuah.
  • Lepas seketika bolehla dihidangkan.

RESEPI POPIA GORENG BERSIRA

 

POPIA GORENG BERSIRA
POPIA GORENG BERSIRA


Resepinya:
  • 50pcs kulit popia(sy guna brand KG kaler oren)
  • 1 sdb tepung gandum ( bancuh guna air 4-5 sdb nk jadikan pelekat)
Bahan Inti:
  • 1/2 biji kobis (hiris nipis)
  • 3 batang lobak merah ( sagat)
  • 3-4 biji tauhu ( goreng dan potong dadu)
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • Segenggam udang geragau kering (basuh n toskan)
  • Sedikit isi ayam ( jika suka )
  • Sedikit garam
Caranya:
  • Panaskan 1/2 senduk minyak. .tumiskan bawang dan udang geragau. . masukkan isi ayam.. bila isi ayam da empuk..masukkan semua sayuran.. tauhu dan sedikit garam. Kacau dalam masa 10 saat dan tutup api...toskan untuk buang air dlm sayuran dan biarkan benar2 sejuk..
  • Ambil sekeping kulit popia. .masukkan inti.. gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan(jangan gulung padat2).. buat hingga siap. .Goreng guna api perlahan hingga betul2 garing.. toskan..kemudian..biarkan betul2 sejuk..
Bahan Sira:(sos popia)
  • 15-18 tangkai cili kering(ikut suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • (Kisar bahan di atas hingga betul2 halus)
  • 3 sdb sos cili(nak gantikan air asam jawa pun boleh jer)
  • 3 senduk gula pasir
  • Sedikit bijan yg digoreng tanpa minyak (jika suka)
Caranya:
  • (nak tumis pun boleh)yang ni versi sira tak tumis..
  • Satukan bahan kisar dlm kuali..masak guna api sederhana hingga benar2 masak.
  • Masukkan gula pasir dan sos cili..masak hingga berbuih dan likat..masukkan bijan
  • Biarkan sos sira betul2 sejuk..
  • Kemudian
  • masukkan popia dan kacau hingga rata. .. pastikan sambal menyaluti popia...(waktu menyira jangan buka api dapur yer)
P/S=untuk kekalkan keranggupan..bleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yg da siap disira..
Sos popia juga bleh disimpan dlm bekas bertutup jika xnk sira... goreng popia hingga garing... toskan dan sapu jer sos pada popia..
tabur bawang goreng..

Kredit Resepi: Mariana Zainal‎

RESEPI MURTABAK AYAM KULIT POPIA

MURTABAK AYAM KULIT POPIA
MURTABAK AYAM KULIT POPIA

Sukatan inti ayam ikut sesedap selera

Inti Ayam :
2 labu bwg besar dipotong dadu kecil-kecil
3 ulas bwg putih,ketuk dan cincang halus
1 cm halia ditumbuk halus bersama lada hitam biji
3 keping dada ayam dipotong dadu kecik2)@boleh guna ayam Kisar Ramly
Sebiji ubi kentang besar, kupas kulit dan potong dadu kecik2. Rebus empuk dan toskan.
2 sd makan rempah kari daging cap O
2 sd Rempah Kurma cap O @lain2 brand
1/2 sd makan lada hitam biji ditumbuk halus
Garam halus secukup rasa
1 sd makan serbuk Hilal
Sedikit gula
Daun sup dihiris halus secukupnya
Kulit popia
2@3 biji telur@secukupnya,ikut kuantiti inti. Tapi jgn cair sgt bancuhan inti lepas disatukan dgn telur

Cara-cara:
**Inti ayam
Tumis bwg besar, bwg putih,lada hitam dan halia.Kacau2 hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan rempah kurma yg dibancuh dgn sedikit air panas. Kacau hingga wangi,tambah sedikit air dan kacau hingga rempah kering naik minyak.
Masukkan ayam,kacau2 hingga ayam kecut. Masukkan kentang dan kacau rata hingga hampir kering.
Masukkan garam, gula dan Hilal.Last masukkan daun sup. Kacau2 dan rasa sebelum tutup api. Kalau perlu,tambah sedikit garam.
Biarkan sejuk .Kemudian campurkan inti dgn telur mentah yg telah dikocok. Kacau rata..

Cara buat Murtabak :
Ambik sekeping kulit popia, bentangkan kulit popia atas pinggan. Letak sedikit inti dan ratakan.
Lipat bentuk 4 segi,kemudian goreng dgn sedikit minyak dlm kuali nonstick hingga masak kekuningan.
Masak dgn api perlahan dan tutup kuali ketika masak supaya inti telur masak sepenuhnya.Siap...sedap dinikmati panas2 bersama kuah jeruk bawang@sos cili. Makan mcm tu pun dah sedap 

**Boleh tambahkan cili serbuk@cili kisar dlm bancuhan rempah utk masak inti ayam. 

Kredit Resepi : Zurina Kifli‎

Resepi nasi ayam penyet

 

Nasi ayam penyet
Nasi ayam penyet

Bahan untuk ayam penyet (rebusan):
1 ekor ayam, potong 4 atau 8
1 ketul kiub ayam
1 inci halia
2 ulas bawang putihair secukupnya

Bahan untuk rempah perapan:
1/2 sudu jintan manis *
1/2 sudu jintan putih *
3 sudu besar ketumbar *
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam

Bahan untuk tepung kriuk:
Lebihan perapan rempah ayam
1 biji telur
1/2 cawan tepung beras

Bahan-bahan untuk nasi ayam:
3 cawan beras, bersihkan dan tos
6 cawan air rebusan ayam, atau ikut sukatan jenis beras yang digunakan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sudu besar mentega atau minyak sapi
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk sup ayam:
1 ikat sup bunjut adabi
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
1 batang serai
bawang goreng

Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:
10 biji cili padi
10 biji cili merah
10 biji bawang merah, belah 4
3 biji bawang putih, hiris kasar
3 biji tomato, belah 4
5 cm belacan bakar
1/2 gengam ikan bilis
3 sudu besar gula melaka, atau secukup rasa
secawan minyak
limau nipis atau limau kasturi
sedikit garam, jika perlu secukup rasa

Bahan untuk hidangan sampingan:
4 ketul tauhu2 keping tempe
Sayur dan ulaman (timun, daun selom, kubis, kacang panjang,tomato)

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):
Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.Angkat ayam dan toskan.

Cara-cara untuk rempah perapan ayam:
Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam.Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk

Cara-cara untuk tepung kriuk:
Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.

Cara-cara untuk nasi ayam penyet:
Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.Masukkan beras dan kacau seketika.
Masukkan air dan sedikit garam. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa. Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.

Cara-cara untuk sup ayam:
Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. Che Nom dah tak letak halia dan bawang putih sebab sudah dimasukkan semasa proses rebusan ayam mula-mula tadi. Boleh juga rwbus bersama bahagian tulang ayam sepeti leher dan kaki ayam (jika anda suka).
Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cara-cara untuk sambal ayam penyet:
Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.Kemudian goreng tomato sehingga layu.
Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar.
Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula melaka. Perasakan dengan garam jika perlu. 
Hati-hati kerana ikan bilis sudah masin.Cara-cara untuk bahan sampingan:Goreng tempe dan tauhu yang sudah digaul rempah.Hiris timun dan tomato, serta bersihkan ulam-ulaman lain. Hidangkan bersama nasi dan ayam penyet.

Resepi Daging Masak Hitam

Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam

Bahan-bahan:
  • 1kg daging lembu
  • Kicap cap unta / kicap tongnam
  • 2 sudu gula atau gula apong
  • Setengah sudu serbuk jintan putih
  • Setengah sudu serbuk jintan manis
  • 1 cawan kismis
  • Minyak utk menumis
  • Serbuk secukup rasa
  • Rempah tumis 4 sekawan
Bahan blend:
  • 20 tangkai cili kering
  • Bawang putih blend 1 sudu
  • Bawang merah blend 2 sudu
  • 1 batang serai
  • Lengkuas 2 inci
  • Halia 1 inci
Cara-cara:
  • Perap daging yg telah dipotong dgn 2 sudu gulapong dan kicap selama 3 atau 4jam.
  • Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cilii kering.
  • Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit bau, masuk kan bahan2 blend dan tumis hingga kekuningan.
  • Masukkan daging yg telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yg telah kekuningan.
  • Tambah setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk jintan manis. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.
  • Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering. 
  • Bila kuah dah agak kering, tambahkan kicap dan perasa ikut rasa masing2.
  • Siap utk dihidang.