Petua Segarkan Mata Gatal dan Letih

PETUA 1 - Daun sireh muda
- Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. 
- Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. 
- Selepas itu, tapis airnya, dituang dalam bekas yang muat kita celupkan muka dan kerdip kelopak mata.    Lakukan berulang kali. 
   Amalkan selalu dan inshaAllah akan ada perubahan.

PETUA 2 - guna buah timun
- Ambil timun yang dah dihiris.
- Pejamkan mata dan lekapkan pada kelopak mata berapa ketika. 
Kita akan berasa kesegarannya selepas itu.

PETUA 3 - guna uncang teh
Caranya:
- Teh uncang yang dah diguna tu, jangan dibuang. Masukkan dalam peti ais 3 - 5 minit.
- Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
Amalkan 3 kali seminggu bila nak masuk tidur.

PETUA 4 - guna sudu
Caranya :
- Rendam sudu dalam ais selama 20 minit. 
@ Paling senang, biar sudu sekejap sudu kat tempat beku. 
- Agak agak dah sejuk boleh tekap ke mata. 
- Gosok-gosok lembut pada kawasan mata sehingga rasa sejuknya hilang.
Rasa sejuk kat sudu ni akan buat kulit mata relaks. Kalau rajin boleh buat awal pagi, kalau tak pun, buat sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment