1

2

3

4

Showing posts with label tip. Show all posts
Showing posts with label tip. Show all posts

TIP UNTUK BUAT BISKUT

  1. Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair - akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
  2. Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
  3. Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh - mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
  4. Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak 'gluten' daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
  5. Selalu 'rehatkan' doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu 'rehatkan' doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
  6. Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan 'direhatkan'. Jangan 'rehatkan' kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali arus, doh itu akan mula keluar minyak - menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
  7. Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
  8. Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
  9. Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
  10. Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar - yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
  11. Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas 'cooling rack'. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas 'cooling rack', wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
  12. Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
  13. Untuk biskut yang mengandungi 'peanut butter', lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana 'peanut butter' itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.

Credit :Maz Samad

TUKANG MASAK KONGSI PETUA DAPUR, TIP SEDAPKAN & MUDAHKAN KERJA MEMASAK

1. ELAK PEDIH MATA KUPAS BAWANG MERAH
Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih.

2. ELAK IKAN GORENG MELEKAT DI KUALI
Panaskan minyak, goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik.

3. WARNA SAMBAL CANTIK
Nak sambal merah sedap cantik, masak lada lama + gunakan gula merah.

4. BUAT RENDANG
Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.

5. KURANGKAN MASIN MAKANAN
Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah.

6. TOMATO KEKAL SEGAR
Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu. Nak masak baru basuh.

7. DAGING CEPAT EMPUK
Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu

8. TIMUN RANGUP
Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas. Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun.

9. ELAK NASI CEPAT BASI
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balik kan nasi tu dan tutup sampai berwap.

10. TAUGEH KEKAL SEGAR
Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.

11. MUDAH KUPAS TELUR REBUS
Selepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc.

12. AYAM GORENG SEDAP
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit.Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing.

13. AYAM GORENG RANGUP
Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam.

14. NASI LEMAK CEPAT MASAK
Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

15. TAHU TAHAN LAMA
Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu.

16. PEKATKAN KUAH SUP
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek, sup lebih sedap/pekat tau.

17. MATA PISAU BLENDER KEKAL TAJAM
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru

6 TIPS BERGUNA UNTUK ELAK JADI MANGSA SCAMMER

Semenjak kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah penipuan berlaku melibatkan pengguna yang mengakibatkan mangsa terpaksa menanggung kerugian besar apabila ditipu oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam era dunia digital hari ini, tanpa kita sedar sebenarnya nombor telefon kita adalah data peribadi yang paling berharga dan jika diperoleh penjahat, dengan mudah mereka dapat menipu pengguna. Sebelum lebih ramai yang terkena, berikut merupakan tips asas untuk elakkan diri anda daripada menjadi mangsa scammer.

1. Jangan Jawab Panggilan Antarabangsa

Ini taktik yang selalu digunakan oleh scammer luar. Jadi, jangan sewenang-wenangnya menjawab panggilan daripada nombor telefon luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah senarai kenalan anda.

2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi

Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda sila simpan untuk kegunaan anda sendiri sahaja. Jika ada pihak meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, lebih baik anda tamatkan sahaja panggilan tersebut jangan layan panggilan tersebut. Nanti anda termakan ayat-ayat manis scammer!

3. Catat Segala Maklumat Pemanggil

Jika anda menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang melibatkan anda, catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda. Bertenang dan jangan panik. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

4. Jangan Muat Turun Aplikasi Yang Mencurigakan

Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda. Pastikan aplikasi itu adalah aplikasi rasmi daripada syarikat berkenaan, lagi-lagi yang melibatkan kewangan.

5. Hubungi Talian Khidmat Pelanggan

Jika anda ada menerima panggilan yang tidak dikenali dan agak mencurigakan berulang kali, catatkan butiran dan nombor berkenaan dan terus hubungi talian khidmat pelanggan dan nyatakan segala butiran perbualan anda sebelum ini. Pastikan talian yang anda hubungi itu betul. Cara mudah, layari laman web rasmi pihak yang berkenaan.

6. Guna Aplikasi Untuk Menyekat Panggilan

Playstore dan iOs sering mengeluarkan aplikasi yang boleh menyekat panggilan. Fungsi ini amat berguna kerana masa panggilan diterima, sesetengah aplikasi boleh detect dan paparkan nombor berkenaan sebagai scammer dan sebagainya. Salah satu contoh aplikasi yang boleh digunakan ialah Truecaller.

Tip bagaimana untuk memperbaiki hidup anda

 En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya. 

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung. 

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama..