RESEPI NASI HUJAN PANAS

NASI HUJAN PANAS
NASI HUJAN PANAS

Bahan:
  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan air (bergantung pada beras yang digunakan)
  • 1 tin susu krimer
  • 3 sdb minyak jagung
  • 1 sd minyak sapi
  • 1biji bawang holland (dihiris)
  • 1 1/2 inci halia dihiris
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 peket kismis/badam
  • Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, cengkih
  • 1 helai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning telur dan merah 
Cara-cara:
  • Panaskan minyak sapi dan minyak jagung
  • Masukkan rempah 4 beradik, tumis bawang holland, halia bersama daun pandan. Masak sehingga ianya wangi. Kemudian masukkan kismis dan juga badam, kiub ayam. Kacau rata.
  • Lepas tu masukkan susu krimer, masak sampai mendidih baru masukkan beras dan air secukupnya. Masak nasi seperti biasa. Bila dah kering titiskan pewarna sedikit-sedikit (jangan tuang banyak-banyak, kalau boleh jarakkan ruang yang jauh untuk titiskan. Supaya nasi tu akan jadi cantik.warna tak akan jadi serabut. Lepas tu baru tutup. Biarkan dalam 5-10minit baru gaul nasi tu.)

Kredit resepi: Tengku RosElyza Raja Muhammad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...