RESEPI KEK COKLAT LAVA CHEESE

KEK COKLAT LAVA CHEESE
KEK COKLAT LAVA CHEESE

BAHAN A:
  • 1 cawan susu cair/fresh milk/UHT Whipping Cream
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus/gula castor
BAHAN B:
  • 2 biji telur Gred A
  • Telur di pukul dengan wisk
  • Ketepikan
BAHAN C:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam
Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan
* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab
* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.

cara-cara:
  • Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.
  • Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
  • Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
  • Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sangat perlahan. Sekejap aje...
  • tutup api.
  • Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ (jika kek di kukus) atau sediakan loyang  ~ jika kek di bakar
  • Susun bekal aluminium dalam kukus
  • Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
  • Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak
  • Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna
  • Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese
KRIM CHEESE:
  • 250 gm Cheese
  • 500 ml UHT Whipping Cream
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh pes lemon ~ jika suka 
Cara:
Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
*Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul

COKLAT LELEH:
  • 250 gm coklat masakkan gelap
  • 250 ml UHT Whipping Cream
  • 1 sudu teh golden syrup/glucose syrup/madu
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella
  • 1 sudu teh esen vanilla 
Cara:
  • Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
  • Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
  • Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
  • Biarkan coklat mencair
  • Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
  • Biarkan sejuk
Step akhir:
  • Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
  • Potong kek kepada 2 kepingan (jika nak buat cheese di tengah)
  • Ambil sedikit cheese (dalam 2 sudu besar)  dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.
  • Kek yang telah di potong di letakkan cheese
  • Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
  • Ratakan cheese di atasnya
  • Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
  • Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
  • Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
  • Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair
  • Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit
  • Sedia di nikmati

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...