SAYUR KACANG PANJANG DENGAN JEJARI KETAM

SAYUR KACANG PANJANG DGN JEJARI KETAM
SAYUR KACANG PANJANG DENGAN JEJARI KETAM

Bahan-bahannya :
  • 10 batang kacang panjang
  • 10 jejari ketam - di potong kecil-kecil
  • 2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak bijan - 1/2 sudu kecil
 Bahan-bahan ditumbuk lumat :
  • 2 biji bawang merah- kupas kulit
  • 2 ulas bawang putih - kupas kulit
Cara-caranya :
1. Bersihkan kacang panjang dan dipotong menyerong . Jejari ketam dipotong kecil-kecil . Kupas semua bawang dan ditumbuk semua bawang sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan yang ditumbuk kemudian dikacau sampai bawang jadi wangi dan layu .
2. Masukkan semua jejari ketam dan kacau bagi sedikit kekuningan dan masak . Boleh dimasukkan semua kacang dan dikacau rata , masukkan sos tiram secukup rasa serta minyak bijan . Kacau semua bahan dan jika kurang masin baru lah di masukkan garam , bila kacang dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sumber :Fathima Zehra El-Annes

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...