Resepi Bibimbap

 

Bibimbap
Bibimbap

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk masakan ini adalah:
  • 280g sayur bayam
  • Minyak bijan
  • Cuka beras
  • Garam dan lada hitam
  • 225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci
  • 1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh
  • 1 lada hijau, dihiris halus
  • 3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
  • 2 biji telur
  • Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa
  • Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan.
Cara memasak:
  • Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut. 
  • Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. 
  • Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas salmon, dan stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit. Potong salmon kepada kepingan. 
  • Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. 
  • Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati. 
  • Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit. Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.
  • Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...