1

2

3

4

Showing posts with label nasi hujan panas. Show all posts
Showing posts with label nasi hujan panas. Show all posts

Lain macam Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari, Bukit Bintang Kuala Lumpur

 

Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari
Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari

Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari
Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari
Nasi Kahwin Hari-Hari yang aku terjah ni ada Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari. Sebenarnya dioarang ada satu lagi gerai yang viral yang diorang buka di celah-celah lorong. Kedua-duanya di Bukit Bintang. Gerai lorong dan restoran ni berdekatan jer...Yang restoran ni beralamat di Jalan Beremi, Bukit Bintang, manakala yang di celah-celah lorong tu adalah di lorong Jalan Berangan, juga di Bukit Bintang. Restoran ni sebenarnya di tingkat bawah rumah flat...

kena beratur untuk pilih lauk
kena beratur untuk pilih lauk

makan kat restoran ni selesa la sikit
makan kat restoran ni selesa la sikit
Menu diorang ni berkonsepkan menu kenduri kahwin orang utara. Di sini nasi yang diorang sediakan adalah nasi hujan panas. Pilihan lauk pula adalah masakan ayam rose terangkat, ayam madu dua, daging masak hitam, kambing pasamah, gulai ikan termenung dan ayam goreng berempah, serta tidak ketinggalan papadom. Air pun air kenduri standard iaitu air sirap yang disediakan percuma dan boleh refill...
senarai menu dan harga Nasi Kahwin Hari-Hari
senarai menu dan harga Nasi Kahwin Hari-Hari
Gambar kat atas tu senarai harga setipa menu di sini. Tapi ni tertakluk kepada perubahan la...aku biasanya dalam posting blog aku, jarang nak bagitau harga, sebab harga mungkin berubah berdasarkan ekonomi semasa😅😅...
nasi kenduri yang aku order
nasi kenduri yang aku order

nasi hujan panas, daging masak hitam, jelatah timun
nasi hujan panas, daging masak hitam, jelatah timun

nasi hujan panas, ayam madu terangkat, jelatah timun
nasi hujan panas, ayam madu terangkat, jelatah timun

nasi hujan panas, ayam goreng, jelatah timun
nasi hujan panas, ayam goreng, jelatah timun
Aku boleh cakap semua menu memang padu...terasa macam betul-betul makan kenduri ala kampung belah-beah utara...syahdu oooo...teringat masa kenduri kahwin aku dulu-dulu....
Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tapi korang kena masuk ke dalam sikit baru boleh jumpa Nasi Kahwin Hari-Hari ni..Diorang buka seawal jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam. Boleh pilih nak makan di warung celah-celah lorong atau nak makan di restoran..
Bagi memudahkan korang, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang.
GPS koordinat: 3°08'51.0"N 101°42'36.2"E atau 3.147506, 101.710057

RESEPI NASI HUJAN PANAS

NASI HUJAN PANAS
NASI HUJAN PANAS

Bahan:
  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan air (bergantung pada beras yang digunakan)
  • 1 tin susu krimer
  • 3 sdb minyak jagung
  • 1 sd minyak sapi
  • 1biji bawang holland (dihiris)
  • 1 1/2 inci halia dihiris
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 peket kismis/badam
  • Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, cengkih
  • 1 helai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning telur dan merah 
Cara-cara:
  • Panaskan minyak sapi dan minyak jagung
  • Masukkan rempah 4 beradik, tumis bawang holland, halia bersama daun pandan. Masak sehingga ianya wangi. Kemudian masukkan kismis dan juga badam, kiub ayam. Kacau rata.
  • Lepas tu masukkan susu krimer, masak sampai mendidih baru masukkan beras dan air secukupnya. Masak nasi seperti biasa. Bila dah kering titiskan pewarna sedikit-sedikit (jangan tuang banyak-banyak, kalau boleh jarakkan ruang yang jauh untuk titiskan. Supaya nasi tu akan jadi cantik.warna tak akan jadi serabut. Lepas tu baru tutup. Biarkan dalam 5-10minit baru gaul nasi tu.)

Kredit resepi: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Resepi set nasi hujan panas

nasi hujan panas
nasi hujan panas

Nasi hujan panas
Kurma daging
Kari daging
Acar rempah

Nasi hujan panas:
  • Beras
  • Bwng merah
  • Bwng putih
  • halia
  • Buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis.
  • Kiub ayam
  • Planta@minyak sapi@ buttercup
  • Minyak sikit
  • Serai, daun pandan
  • Pewarna ( merah,hijau &kuning)
Pewarna ni letak masa nasi dah kering ye. Lepastu biarkan nasi masak . Bila nasi dah masak elok (beras melentik maknanya nasi dah masak sepenuhnya) baru gembur nasi.

Kurma daging:
  • Daging
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis, bunga cengkih , bunga lawang , buah pelaga
  • Rempah kurma
  • Serbuk jintan manis sikit
  • Serbuk jintan putih sikit
  • Santan
  • Kentang
  • bawang besar potong bulat
  • Cili merah @ hijau belah 2
  • Tomato belah 4.
  • Garam & perasa.
Acar rempah:
  • Timun buang biji potong nipis
  • Carrot potong nip
  • Carrot & timun rendam dalam air kapur 1 jam.
  • Kacang panjang @ kacang buncis
  • Bawang merah potong 4
  • Bawang putih potong 2
  • Halia
  • Kulit kayu manis, buah pelaga,bunga lawang , bunga cengkih
  • Rempah kari
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Kerisik
  • Serbuk cili sikit
  • Serbuk kunyit sikit
  • Cili merah potong
  • Cili padi
  • Gula & garam.

credit resepi: Emilia Azrina