KUIH LAPIS PANDAN

KUIH LAPIS PANDAN
KUIH LAPIS PANDAN

Bahan:
  • 1 cawan tepung beras*
  • 1 sudu besar tepung gandum*
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 1 cawan santan pekat*
  • 1 cawan air*
  • 1/2 cawan gula*
  • Secubit garam*
  • 2/3 helai daun pandan dikisar dengan 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air***
Cara:
  • Campurkan yg bertanda * kacau sebati dan tapis @ kisar.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian masukkan air daun pandan kacau sebati. 1 bahagian ditambah dengan 1/2 cawan air yg bertanda *kacau sebati. Maknanya jumlah bancuhan adalah 250ml adunan pandan dan 250ml adunan asal.
  • Panaskan air kukusan. Tutup tudung pengukus dengan kain bersih. Oleskan acuan saiz kecil (sebaiknya 5 inci) dengan sedikit minyak dan panaskan sebentar.
  • Masukkan 1/2 cawan @ 1 senduk adunan pandan, kukus 5 minit.
  • Ulang proses yg sama hingga selesai. Untuk lapisan terakhir yg pandan tu tokmi tambahkan sedikit pewarna hijau supaya warna nampak menarik. Kukus selama 10-15 minit kemudian buka penutup dan kukus lagi 5 minit supaya jika ada wap air yang jatuh akan jadi kering.

Tokmi guna pengukus letrik jadi tokmi kurangkan jadi 3 minit setiap 1 dan yg terakhir 8 minit. Tokmi pusing suhu kepada yang paling tinggi kalau ikut betul-betul bancuhan ni kuih ni memang gedik, lembut dan rasa lemak-lemak.

Kredit resepi foto : daridapurtokmi Sarimah Ismail  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...