RESEPI MEE SIAM (BERKUAH)

MEE SIAM (BERKUAH)
MEE SIAM (BERKUAH)

Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat/panas hingga lembut, toskan)
  • 300 - 400 gm taugeh (bersihkan)
Bahan-Bahan Utk Rencah Mee:
  • 1 ¾ cawan lada kering kisar
  • 4 biji bawang besar *
  • 8-10 ulas bawang putih *
  • 300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
  • 80 gm udang kering * (rendam)
  • sedikit belacan * (sikit jerr)
(Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi)
  • minyak untuk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh garam (atau secukup rasa tapi jangan bubuh terlalu banyak kerana belacan & udang kering juga memberi kemasinan pada bahan ini)
Cara: 
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini utk dibuat kuahnya.
  • Seterusnya, masukkan taugeh ke dalam rencah dlm kuali tadi lalu digaul rata sebentar. 
  • Kemudian, masukkan pula udang yg telah digoreng sebentar tadi dan mee hoon lalu dikacau hingga rata & sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.
Bahan-Bahan Untuk Kuah: 
  • ½ bahagian rencah mee siam
  • 8 cawan air
  • ¾ - 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yg lain dibiarkan kasar-kasar)
  • 180 gm gula pasir (kira-kira ¾ cawan)
  • air asam secukup rasa (gunakan asam kira-kira 2-3 sudu makan)
  • 1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
  • 100 gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar-kasar) 
Cara Membuat Kuah:
  • Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam. Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam. Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya. 
  • Tambahlah apa lagi yang perlu. (Kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam & masin (sket je). Kemudian matikan api.
Bahan Taburan/Sampingan:
  • 10 biji telur rebus
  • 2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)
  • daun kucai (dihiris)
  • limau kasturi (dibelah dua)
  • sambal tumis

Kredit resepi: meatmen & RSR

No comments:

Post a Comment