AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

AYAAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS
AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Bahan-bahan:
  • 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
  • 3 biji bawang merah (sederhana besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cilipadi
  • 1 atau 2 keping Asam keping
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 btg serai diketuk
  • Hirisan bawang besar
  • Minyak utk meggoreng
  • Garam gula/gula merah (jika suka)
Cara:
  • Kupas & blend bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
  • Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.. goreng sampai naik bau kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.

Kredit resepi: angelic.argan 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...