Resepi Mee Rebus Johor

Mee Rebus Johor
Mee Rebus Johor

Bahan-bahan:
  • 2 kilo mee kuning, dicelur
  • 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering:
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ camt serbuk kunyit
  •  garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan:
  • tahu yang digoreng, dipotong kecil
  • daun sup, dimayang
  • bawang goreng
  • telur rebus, dibelah dua
  • lada hijau, dipotong bulat
  • taugeh, dicelur
  • limau kasturi, dibelah dua
Cara Menyediakan Mee Rebus Johor:

A:- Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

B:- Cara-cara untuk Kuah
  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  • Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
  • Masukkan rampah kari kacau rata,kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Cara untuk menghidang:
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...