KUIH GETAS

KUIH GETAS
KUIH GETAS

Bahan:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2-1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1cawan air (atau secukupnya)
  • 1sudu teh garam
Untuk sira gulanya;
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
Cara:
  • Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. 
  • Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa. 
  • Bentukkan doh sebesar nugget dan Goreng dengan api sederhana.
  • Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
  • Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.
  • Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...