RESEPI UDANG MASAK DIRAJA

UDANG MASAK DIRAJA
UDANG MASAK DIRAJA 

1/2kg udang. Udang galah@udang kertas dll boleh je. Make sure yang fresh je. Masa beli tu tengok kalau fresh udang tu berkilat je dan tekan sikit udang. Kalau keras kenyal fresh la tu.

Bahan-bahan dikisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai diketuk
  • 1kpg asam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan santan pekat
Cara-cara:
1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
3. Masukkan serai ketuk
4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan
5. Masukkan santan pekat + serbuk kunyit + asam keping 
6. Perasakan dengan garam + gula + pak aji kalau suka
7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang

Kredit Resepi : Aryati Sarah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...