POPIA CINA snow CRAB

POPIA CINA snow CRAB
POPIA CINA snow CRAB

BAHAN-BAHAN

Inti:
  • 1 biji sengkuang bersaiz sederhana
  • 3 sudu besar minyak
  • 20g bawang putih, dicincang
  • 3 biji bawang merah kecil, dihiris
  • 2 sudu besar udang kering, dicincang
  • Segenggam hirisan sotong kering
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu teh gula
  • ½ sudu teh garam
  • 400ml air.
Ramuan lain:
  • 3 biji telur QL Deli Fresh
  • 1 sudu besat minyak
  • 10 ketul Snow Crab Stick MUSHROOM
  • 1 ketul tauhu tegar, digoreng dan dihiris nipis
  • 1 batang timun Jepun, dihiris nipis
  • 10 helai Pastri Spring Roll Figo
  • 1 sudu besar tepung + 1 sudu besar air
  • 500ml minyak
CARA-CARA:
  • Buangkan kulit sengkuang dan hiriskan dengan nipis. Biarkan seketika.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga harum.
  • Tambahkan masuk sengkuang, hirisan sotong kering, kicap cair, minyak bijan, gula, garam dan air.
  • Masak selama 15 minit sehingga sengkuang lembut dan mengering. Ketepikan bila sia.
  • Pukulkan telur QL Deli Fresh di dalam mangkuk.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tuangkan masuk telur. Goreng sehingga telur masak sepenuhnya.
  • Hiriskan telur dengan nipis dan ketepikan.
  • Untuk memasang, letakkan sehelai Pastri Spring Roll Figo di atas pinggan. Letakkan 1 sudu besar sengkuang ke atas pastri dan tambahkan 1 keping Snow Crab Stick MUSHROOM ke atasnya, bersama sedikit hirisan telur, hirisan tauhu dan timun.
  • Lipatkan kedua-dua pinggir kulit popia dan balutkan dengan ketat, dengan menggunakan campuran air dan tepung untuk melekatkan pinggir lipatan.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga popia perang keemasan. Hidangkan dengan serta-merta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...