PERIA TELUR ASIN BERLADA

PERIA TELUR ASIN BERLADA
PERIA TELUR ASIN BERLADA

Bahan:
  • 4 biji peria katak ~ belah 2 buang biji tengahnya dengan sudu. Kemudian hiris nipis. Rendam sebentar dalam air garam selama 20 minit.
  • 1 biji telur masin
  • 1 biji cili merah ~ di hiris
  • 1 biji cili hijau ~ di hiris
  • 5 biji cili padi ~ belah 2 
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
Bahan kisar:
  • 1 sudu teh udang kering ~ rendam lembut dan kisar ( boleh gantikan sedikit belacan atau ikan bilis)
  • 3 ulas bawang merah ~ kisar
  • 2 ulas bawang putih ~ kisar
  • 5 biji cili padi ~ kisar
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
  • Ketepikan bahan rencah dan pecahkan telur asin. Pecahkan kuning telur yang keras. Kacau rata
  • Sebatikan dengan rencah tadi
  • Masukkan cili merah, cili hijau dan cili api
  • Perasakan dengan garam secukup rasa
  • Masukkan sayur peria
  • Kacau rata
Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana telur asin dah ada masinnya.
Sedia di hidangkan 

Kredit Resepi: Aeini 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...