RESEPI SERI MUKA DURIAN

SERI MUKA DURIAN
SERI MUKA DURIAN

Lapisan bawah:
  • 2 cwn beras pulut (basuh dan rendam selama 1 jam)
  • 2 cwn santan
  • 2 sdb minyak masak
  • Garam secukupnya
(beras pulut di tapis.. masukkan dalam loyang bersama bahan-bahan lain.. kukus hingga pulut masak)

Lapisan atas:
  • 1 cwn durian
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 sdb tepung beras
  • 2 cwn santan sederhana pekat
  • 1 cwn gula
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning
Cara-cara:
  • Blend semua bahan
  • Masukkan ke dalam periuk
  • Masak atas api kecil, kacau agak-agak periuk panas.. angkat
  • Tekan-tekankan pulut dan padatkan
  • Tuang bahan yang di masak tadi ke atas pulut tadi
  • Kukus 40 minit
  • Sejukkan dulu baru dipotong
Untuk nak kukus guna acuan:
Saya guna acuan lompang saiz besar
  • Acuan di sapu minyak
  • Pulut dilenyek ..
  • Masukkan dalam acuan.. tekan-tekankan.. ratakan.. isi pulut separuh acuan
  • Air kukus dah didih
  • Pulut dikukus dulu sekejap
  • Tuang adunan lapisan atas
  • Kukus 10 minit pertama api besar.. 5 minit last api sederhana..
  • Kuih dah sejuk baru keluarkan daripada acuan

kredit resepi : Noraslinda Md Radzi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...