Resepi cream puff yang sedap

cream puff
cream puff

Bahan-bahannya:
Bahan A

  • 1 cawan Air
  • 100 gm mentega/margerin
  • 1/2 sk gula
  • 1 st esen vanila
Bahan B
  • Secubit garam
  • 125 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
Cara-cara:
  • Masak bahan A hingga mendidih.
  • kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.
  • pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati 
  • masukkan adunan ke dalam piping bag. Guna nozel untuk kuih samprit dahlia pun boleh. Kalau tak guna nozel apa-apa pun ok.
  • paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.
  • kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit creampuff untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk.
Kastard filling:
  • 2 1/4 cawan susu - boleh campur dengan air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sangat
  • 1 biji telur
  • 25 gm tepung kastard
  • 25 gm tepung jagung
  • 100 gm gula castor - secukup rasa
  • 1/2 cwn teh esen vanila.
  • 1 sb mentega
cara-cara:
  • masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.
  • Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam-suam kuku melalui lubang yang di buat tadi...
  • Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...

No comments:

Post a Comment