RESEPI PARPU TELUR

PARPU TELUR
PARPU TELUR

BAHAN-BAHAN:
  • 100gm kacang thoor dal | rendamdalam air panas selama 10 minit
  • 4 biji telur
  • 1 biji kentang |dipotong
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • ½ sudu teh biji sawi
  • ½ sudu teh jintan putih
  • 1 tangkai cili kering
  • 100gm santan pekat
  • 1 biji tomato | dipotong dadu
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
  • Kacang thoor dal direbus bersama serbuk kunyit, bawang putih dan secubit garam sehingga empuk.
  • Masukkan pula kentang yang dipotong dan masak sehingga kentang masak.
  • Masukkan santan dan kacau selama 5 minit. Kemudian masukkan telur satu persatu. Biar telur masak.
  • Selepas telur masak, masukkan santan dan kacau perlahan. Selepas kuah mendidih, tutup api. Ketepikan.
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan jintan putih. 
  • Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang dihiris, cili kering dan daun kari. Kacau rata sehingga bawang merah bertukar warna.
  • Masukkan tomato dan kacau selama 5 minit. Tutup api.
  • Tuang ke dalam campuran dhal dan telur, kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa.Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment