Nasi Briyani Kurma Daging

Nasi Briyani Kurma Daging
Nasi Briyani Kurma Daging

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 cawan beras basmati 
  • 4 cawan air
  • 2/4 tin susu cair
  • 600 gm daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 100 gm kacang gajus (kisar halus)
  • 2 sudu besar jus limau nipis + 1/4 susu cair (untuk buat tairu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 helai daun pandan
  • Garam, gula (secukup rasa)
Bahan Tumis dan Kisar:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 3 biji buah pelaga
Cara memasak:
  • Potong dan rebus daging. Panaskan minyak, masukkan marjerin dan bahan tumis.
  • Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas dan kacang gajus.Kacau dan biar pecah minyak
  • Masukkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam dan gula.
  • Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan beras dan kacau.
  • Kecilkan api, dan biar nasi masak.Siap! 
  • Sebelum hidang, tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Sumber : the asian parent 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...