Cafe Kopi & Bunga, Sungai Petani

 

cafe Kopi & Bunga
cafe Kopi & Bunga
Peminat-peminat kopi boleh la nak cuba kopi di cafe Kopi & Bunga ni yang terletak di Sungai Petani Kedah. Selain peminat kopi, peminat bunga pun boleh terjah ke sini. Cafe ni hasil gabungan cafe dan bunga, sebab tu la depa panggil cafe ni Kopi & Bunga. So aku rasa mesti ramai pompuan ja yang dok mai sini..hihihihi..

Diantara menu yang ada di sini, semestinya la kopi kan... Signature kopi diorang ada dua. Korang boleh pilih sama ada kopi&bunga atau caramel macchiato. Standard kopi lain pun ada jugak la macam latte, mocha dan sebagainya. Selain kopi, depa juga ada jual makanan korean.

bunga-bungaan
bunga-bungaan
Selain nak beli makanan, korang boleh juga nak beli bunga. Masa aku datang sini tak boleh nak dine-in lagi..maklumlah nak kena ikut SOP covid19, jadi take away je la dulu.. lain kali kalau dah boleh dine-in, aku mai terjah balik kopi & bunga ni. Kali ni aku just beli signature coffee diorang yang dua ketul tu.
kopi&bunga coffee dan Iced caramel macchiato coffee
kopi&bunga coffee dan Iced caramel macchiato coffee

kopi&bunga coffee dan Iced caramel macchiato coffee
kopi&bunga coffee dan Iced caramel macchiato coffee
Kepada yang tercari-cari kat mana cafe Kopi & Bunga ni, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.

GPS koordinat: 5°37'03.3"N 100°28'36.0"E atau 5.617594, 100.476673

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...