Showing posts with label nasi briyani. Show all posts
Showing posts with label nasi briyani. Show all posts

Makan Nasi Briyani di Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor

Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor
Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor

antara gerai Nasi Briyani di medan selera Benteng
antara gerai Nasi Briyani di medan selera Benteng
Johor memang terkenal dengan nasi briyani. Mana-mana tempat pasti korang akan jumpa gerai nasi briyani. Macam di Penang la kan...mana tempat pasti akan jumpa nasi kandar😅.

Alang-alang aku di Batu Pahat, wajib la nak try makan nasi briyani. Ada banyak gerai, tapi aku pilih gerai di medan selera Benteng. Dalam medan selera ni pun banyak gerai nasi briyani, tinggal nak pilih je mana satu korang nak try.

nasi briyani ayam masak merah
nasi briyani ayam masak merah

air bandung soda
air bandung soda
Ada 2 -3 jenis lauk masakan nasi briyani ni..ada kambing, daging lembu, ayam. Untuk makan tengahari aku kali ni, aku nak try briyani ayam masak merah. Air mesti kena ambil bandung soda. Di Johor je senang nak dapat bandung soda ni.

Kira sedap la nasi briyani yang aku makan ni. Recommended untuk korang try. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke medan selera Benteng ni.

GPS koordinat: 1.8592788421639412, 102.92267779710359

https://maps.app.goo.gl/8KBxJggVKbCBkV7W8

Makan Roti Naan yang sedap di Kapitan Signature, Bandar Sunway Seberang Jaya

 

Kapitan Signature, Bandar Sunway Seberang Jaya
Kapitan Signature, Bandar Sunway Seberang Jaya

cantik gak deko-deko dalaman
cantik gak deko-deko dalaman
Kalau nak makan roti naan yang padu, korang boleh datang ke restoran Kapitan Signature ni yang terletak di Bandar Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kalau nak order, better korang order yang set sebab set ni bersekali dengan ayam tandoori. Ayam tandoori pun padu beb... Jadi sebab aku datang satu family, aku try la beberapa set roti naan ni. Aku pilih cheese naan set, cheese naan garlic set dan juga cheese naan (bukan set).
cheese naan
cheese naan

cheese naan garlic set
cheese naan garlic set

cheese naan set
cheese naan set
Anak aku suka betul makan cheese naan ni.. Rasanya dah 2-3 kali dah datang kapitan ni..hahahaha. Selain roti naan, korang boleh try juga briyani set di Kapitan ni. Set Briyani ni yang beberapa set yang korang boleh pilih, ada ayam dan ada kambing. Tapi kali ni aku pilih claypot chicken briyani. Nampak cam simple je, tapi padu!
claypot chicken briyani
claypot chicken briyani
Minuman plak di Kapitan Signature ni ada menu rare yang jarang ada dekat restoran lain, antranya adalah Turkish Tea, Sulemani Tea, Masala Tea dan ofcoz Teh Terik kaw punya... Aku pilih Masala Tea dan juga Teh Tarik di samping satu menu biasa bandung ais...
Masala Tea dan Bandung Ais
Masala Tea dan Bandung Ais

Teh Tarik
Teh Tarik
Kalau korang nak tengok menu-menu yang lain, boleh tengok dalam gambar-gambar dibawah ni. Maaf tak berapa nak clear sebab faktor cahaya terang sangat hihihihi....



 

 


 


 


 


 


 

 


 

Kalau nak datang ke Kapitan Signature ni, boleh boleh cari di bandar Sunway Seberang Jaya atau korang boleh saja guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°23'51.3"N 100°23'59.8"E atau 5.397581, 100.399948

Nasi Briyani Kurma Daging

Nasi Briyani Kurma Daging
Nasi Briyani Kurma Daging

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 cawan beras basmati 
  • 4 cawan air
  • 2/4 tin susu cair
  • 600 gm daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 100 gm kacang gajus (kisar halus)
  • 2 sudu besar jus limau nipis + 1/4 susu cair (untuk buat tairu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 helai daun pandan
  • Garam, gula (secukup rasa)
Bahan Tumis dan Kisar:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 3 biji buah pelaga
Cara memasak:
  • Potong dan rebus daging. Panaskan minyak, masukkan marjerin dan bahan tumis.
  • Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas dan kacang gajus.Kacau dan biar pecah minyak
  • Masukkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam dan gula.
  • Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan beras dan kacau.
  • Kecilkan api, dan biar nasi masak.Siap! 
  • Sebelum hidang, tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Sumber : the asian parent 

Restoran Anggun Briyani, Bertam Indah Kepala Batas

Restoran Anggun Briyani, Bertam Indah Kepala Batas
Restoran Anggun Briyani, Bertam Indah Kepala Batas

Kepada peminat-peminat nasi briyani yang ada disekitar Kepala Batas, Pulau Pinang, boleh la datang ke restoran Anggun Briyani yang terletak di Bertam Indah, Kepala Batas. Ada pelbagai jenis lauk untuk di matching kan dengan nasi briyani.

Kat bawah ni ada senarai menu di Anggun Briyani ni. Tapi agak blur sikit la gambar ni, korang kena fokus teropong..hihihihi

senarai menu di Anggun Briyani
senarai menu di Anggun Briyani

yang ni set beriyani yang aku makan di sini.

set nasi briyani
set nasi briyani

Untuk korang yang nak mencuba nasu briyani di Anggun Briyani ni, boleh la datang ke sini. Di sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
GPS koordinat : 5°31'31.7"N 100°26'07.3"E atau 5.525482, 100.435347

Mana nak cari nasi beriani dengan cheese nan di tengah-tengah KL?

RMSY house of real beriani

dalam restoran RMSY
Kat mana nak cari nasi beriani dan roti nan/cheese nan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur nih?
Mungkin ada banyak yang korang boleh explore di Kuala Lumpur ni. Yang aku nak bawa korang kali ni adalah di restoran RMSY house of real beriani yang beralamat di Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur berhampiran dengan jalan TAR.
So, bila dah sampai apa lagi, terus la terjah restoran ni. Nak dijadikan rezeki, dapat parking betul-betul depan restoran. Parking agak susah gak la nak dapat.
Kalau tengok dalam menu, banyak juga yang diorang sediakan. Tapi semuanya berkaitan dengan nasi beriani dengan roti nan la.. Korang boleh rujuk dalam menu seperti dalam gambar di bawah.
Dah puas study menu, jadi sampai masanya untuk mengorder makanan.....
Pilihan nasi beriani ada dua iaitu nasi beriani ayam ros dengan nasi beriani agam goreng berempah.
Disebabkan dari review orang ramai, diorang cakap cheese nan terbaik di sini, aku pun selit la juga order cheese nan tu...
nasi beriani ayam goreng rempah

nasi beriani ayam ros

Cheese nan

senarai menu makanan

senarai menu minuman
Kepada yang nak datang ke restoran ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 3°09'30.0"N 101°41'48.7"E atau 3.158326, 101.696855

Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru Pulau Pinang

Selain nasi kandar Hameediyah yang ada di Lebuh Campbell, George Town, ada satu lagi maybe cawangan diorang yang terletak di Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang. Kat sini ada selesa sikit la dari segi parking. Kalau di belah pulau tu, agak susah untuk nak dapatkan parking. 
Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru, Perai Pulau Pinang
Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru, Perai Pulau Pinang

bahagian dalam Hameediyah
bahagian dalam Hameediyah
Diorang aku rasa cuba untuk mengekalkan rasa nasi kandar hameediyah yang kat george town tu. Aku pun dan try makan yang dekat pulau tu, memang sedap..boleh tengok posting aku yang lepas pasal Hameediyah tu...Kat Hameediyah dekat Jalan Baru ni, aku makan nasi briyani ayam set...so set yang aku dapat untuk nasi briyani ni cam dalam gambar kat bawah ni....satu je aku nak pesan, kalau cakap nasi briyani set je, diorang akan kasi standard lauk iaitu ayam kukus (kukus dalam nasi)..aku taknak ayam kukus tu, jadinya kena cakap ayam goreng.....
Nasi briyani ayam goreng
Nasi briyani ayam goreng

gulai dalca
gulai dalca

bawang+timum+sambal
bawang+timum+sambal

kuah kari
kuah kari
Boleh la korang cuba datang sini bagi yang duduk area Jalan Baru, Perai ni...tak payah susah-susah nak masuk ke pulau, nak hadap jem lagi, nak cari parking lagi.....so korang boleh tengok google map yang aku dah sediakan dan juga boleh pakai terus gps koordinat yang akan bawa anda direct ke hameediyah ni.....

5°22'19.4"N 100°24'43.8"E

Nasi Kandar Hameediyah Lebuh Campbell, George Town, Pulau Pinang

korang layan dulu video Nasi Kandar Hameediyah ni....sempoi!!!

Kalau datang Pulau Pinang, kena pi cari gak Nasi Kandar Hameediyah ni...Lokasi kat Lebuh Campbell, George Town, Pulau Pinang. Tapi korang kena bersabar sikit la nak cari parking yer...Parking memang susah..ikut nasib kalau boleh parking dekat dengan Hameediyah...Aku pun berapa kali pusing, still tak dapat gak...at last aku dah give up, terus masuk parking berbayar...kena jalan sikit la..parking ni depan dengan Nasi Kandar Line Clear....Line Clear ni aku dah review ..Sekarang kita focus kat Hameediyah ni...Parking berbayar paling mahal kat penang ni...aku masuk situ kena dalam RM20 inggit!!!!!....sejam dia caj RM5 inggit...Ok last aku parking situ...
Nasi Kandar Hameediyah - beratur untuk ambil makanan

Hameediyah ber aircond - restoran kedua

Jarak antara hameediyah 1 dan yang ke-2 selang dalam 3 kedai
Dua-dua restoran tu ada restoran yang sama, Restoran Nasi Kandar Hameediyah yang punya...kira satu tokey la..Restoran yang first tu, tempat beratur untuk ambil makanan...dah ambil makanan boleh naik kat tingkat atas untuk makan...tapi kalau kat tingkat atas tu dah penuh, diorang akan bawa ke restoran yang second tu, yang selang 3 kedai...kat situ selesa sikit, sebab kat situ ada aircond.