Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Warong Wak John, Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, Johor

 

Warong Wak John
Warong Wak John

Warong Wak John
Warong Wak John
Port sarapan aku ketika bermusafir ke Johor. Aku ada urusan sikit di UTHM. Pintu masuk UTHM tu betul-betul bertentangan dengan Warong Wak John ni. Jadi lepas sarapan di Warong Wak John, boleh terus gerak masuk ke UTHM.

Warong Wak John ni buka dari jam 7.30 pagi sehingga ke 2 petang. Hari Jumaat dan Sabtu diorang tutup. Cuti umum pun tutup jugak...apa la wak john tutup kedai cuti-cuti ni😁.

Gambar kat bawah ni adalah menu sarapan yang ada di warong ni.

menu warong wak John
menu warong wak John
Menu sarapan utama di sini adalah lontong, soto, nasi lemak.
teh tarik
teh tarik

soto
soto

lontong sambal
lontong sambal
Jadi kesimpulannya, makanan di sini sedap-sedap belaka. Sangat recommended untuk korang makan di sini. Landmark senang jer, bertentangan dengan pintu masuk UTHM. GPS koordinat dan google map ke warong Wak John adalah seperti berikut.

GPS koordinat: 1.8519836959998683, 103.08643785498857 atau 1°51'07.4"N 103°05'11.1"E

https://maps.app.goo.gl/HEHTbqTcsVpPF4s87

Makan Nasi Briyani di Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor

Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor
Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor

antara gerai Nasi Briyani di medan selera Benteng
antara gerai Nasi Briyani di medan selera Benteng
Johor memang terkenal dengan nasi briyani. Mana-mana tempat pasti korang akan jumpa gerai nasi briyani. Macam di Penang la kan...mana tempat pasti akan jumpa nasi kandar😅.

Alang-alang aku di Batu Pahat, wajib la nak try makan nasi briyani. Ada banyak gerai, tapi aku pilih gerai di medan selera Benteng. Dalam medan selera ni pun banyak gerai nasi briyani, tinggal nak pilih je mana satu korang nak try.

nasi briyani ayam masak merah
nasi briyani ayam masak merah

air bandung soda
air bandung soda
Ada 2 -3 jenis lauk masakan nasi briyani ni..ada kambing, daging lembu, ayam. Untuk makan tengahari aku kali ni, aku nak try briyani ayam masak merah. Air mesti kena ambil bandung soda. Di Johor je senang nak dapat bandung soda ni.

Kira sedap la nasi briyani yang aku makan ni. Recommended untuk korang try. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke medan selera Benteng ni.

GPS koordinat: 1.8592788421639412, 102.92267779710359

https://maps.app.goo.gl/8KBxJggVKbCBkV7W8

Resepi Mee Rebus Johor

Mee Rebus Johor
Mee Rebus Johor

Bahan-bahan:
  • 2 kilo mee kuning, dicelur
  • 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering:
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ camt serbuk kunyit
  •  garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan:
  • tahu yang digoreng, dipotong kecil
  • daun sup, dimayang
  • bawang goreng
  • telur rebus, dibelah dua
  • lada hijau, dipotong bulat
  • taugeh, dicelur
  • limau kasturi, dibelah dua
Cara Menyediakan Mee Rebus Johor:

A:- Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

B:- Cara-cara untuk Kuah
  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  • Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
  • Masukkan rampah kari kacau rata,kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Cara untuk menghidang:
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Mesti mau cuba Mee Bandung Muar yang sedap! - Restoran Mee Bandung Muar (Baridah Samad) Tanjong Agas

 Berkunjung ke Johor, jalan-jalan cari makan wajib untuk cari mee bandung Muar. Semestinya kena masuk ke Daerah Muar la kan. kalau korang google ada dua tiga tempat yang famous yang menjadi tumpuan ramai. Salah satunya adalah Restoran Mee Bandung Muar atau Baridah Samad yang terletak di Tanjong Agas, Muar, Johor.

Restoran Mee Bandung Muar Tanjong Agas
Restoran Mee Bandung Muar Tanjong Agas

Restoran Mee Bandung Muar Tanjong Agas
Restoran Mee Bandung Muar Tanjong Agas

Yang paling mahal di sini adalah mee bandung udang galah. Untuk udang galah gred A berharga RM30 sepinggan manakala untuk udang galah gred B pula berharga RM20 sepinggan. Kalau rasa cam poket tak lepas untuk mee mandung udang galah, jangan risau sis/bro, ada je mee bandung muar biasa. Mee Bandung Muar daging atau ayam RM6 sepinggan. Jika minta telur 2 biji, kena tambah RM1 lagi. Walaupun takpa udang galah, tetap power beb..
Mee Bandung Muar daging, telur 2 biji
Mee Bandung Muar daging, telur 2 biji

Telur mata tu style telur goyang. Yang kuning tu tak terlalu keras tak terlalu lembik, just nice. Memang rare sikit telur tu. Lagi satu yang rare, gelas minuman semuanya gelas besar, dah macam satu jag air tu.
air minum gelas besar
air minum gelas besar
Selain Mee Bandung, ada lagi menu lain yang ada di Restoran Mee Bandung Muar ni. Semua menu boleh tengok di dalam gambar kat bawah ni.
senarai menu Mee Bandung Muar (Baridah Samad)
senarai menu Mee Bandung Muar (Baridah Samad)

So, korang mesti kena cari la kalau dah sampai Muar. Lokasi secara spesifik boleh guna gps koordinat dan google map seperti berikut: 
GPS koordinat : 2°03'37.2"N 102°33'31.4"E atau 2.060339, 102.558723

Desaru Fruit Farm, Sungai Cemaran Kota Tinggi, Johor

 Rasa nak makan buah-buahan sambil jalan-jalan masuk kebun, korang boleh datang ke Desaru Fruit Farm, Sungai Cemaran area Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Di sini ada aktiviti naik ATV pusing-pusing dalam kebun atau dusun buah-buahan.

Desaru Fruit Farm, Sungai Cemaran Kota Tinggi, Johor
Desaru Fruit Farm, Sungai Cemaran Kota Tinggi, Johor

aktiviti-aktiviti yang terdapat di Desaru Fruit Farm
aktiviti-aktiviti yang terdapat di Desaru Fruit Farm

Setiap aktiviti tu korang kena beli tiket. Ada aktiviti yang pakej sekali dengan lunch. Cumanya aku advise korang untuk check dulu la status halal bagi muslim. Kalau non-muslim korang tibai je la kan. Untuk orang bandar sesuai la pegi round-round dusun buah sebab korang mesti tak pernah feel duduk kampung kan...hahahhaahaha... ok gurau je bro/sis, jangan marah ek...
dusun buah-buahan
dusun buah-buahan

ATV untuk pusing-pusing dalam dusun
ATV untuk pusing-pusing dalam dusun
Bagi yang tak suka aktiviti ATV ni, boleh je jalan-jalan cuci mata shopping buah-buahan. Kalau nak buah yang fresh, ada gerai dekat pintu gerbang mula-mula yang korang masuk tu. Kalau nak produk makanan lain ada satu lagi gerai dekat dalam.
buah potong bersama asam serbuk
buah potong bersama asam serbuk

boleh shopping barang-barang makanan
boleh shopping barang-barang makanan

shopping time!!
shopping time!!
Ok la bro/sis, kalau korang berminat nak datang ke Desaru Fruit Farm ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan lokasi Desaru Fruit Farm ni.
GPS koordinat : 1°35'02.1"N 104°11'36.7"E atau 1.583903, 104.193530

Restoran Seafood Bujang Firefly, Sungai Lebam, Bandar Penawar, Johor

 Restoran Seafood Bujang Firefly, Sungai Lebam, Bandar Penawar yang terletak di negeri Johor (JDT) merupakan restoran yang famous terutama bagi orang luar (bukan tempatan). Lokasi yang tersorok dan jauh dari jalan utama bukanlah menjadi masalah kepada para pengunjung. Kenderaan yang menuju ke restoran Seafood Bujang Firefly ni sentiasa masuk. Bagi yang first time mungkin was-was nak masuk, cam seram plak kalau lalu terutama waktu malam..hihihi. Nasib la aku datang waktu siang. Tapi kalau malam boleh naik bot tengak firelfy dekat hutan bakau.

Restoran Seafood Bujang Firefly, Sungai Lebam, Bandar Penawar, Johor
Restoran Seafood Bujang Firefly, Sungai Lebam, Bandar Penawar, Johor

kena lalu jambatan untuk ke restoran terapung ni
kena lalu jambatan untuk ke restoran terapung ni

Restoran Seafood Bujang Firefly mula buka seawal 12 tengahari hingga ke lewat malam. Permandangan pun cantik yang berlatar belakangkan hutan paya bakau yang tersusun cantik. Ada juga bot besar untuk sesiapa yang nak round naik bot.
bot penumpang untuk siar-siar
bot penumpang untuk siar-siar

bot lalu, resotoran pun beralun-alun
bot lalu, resotoran pun beralun-alun
Dari segi makanan pula, semua sedap-sedap. Semua menu adalah menu set sama ada untuk hidangan 2 orang, 3 orang hingga ke 10 orang. Menu-menu adalah seperti berikut,

Menu Restoran Seafood Bujang FireflyMenu Restoran Seafood Bujang Firefly
Menu Restoran Seafood Bujang FireflyMenu Restoran Seafood Bujang Firefly
Menu Restoran Seafood Bujang Firefly

Menu Restoran Seafood Bujang Firefly

Setiap set dah ada menu-menu tertentu seperti siakap tiga rasa, sotong goreng tepung dan sebagainya mengikut bilangan orang makan.Paling mahal set menu untuk 10 orang makan berharga RM350. Aku pilih pakej bajet je untuk 2 orang makan, RM65.
air tembikai satu jag
air tembikai satu jag

complete set untuk pakej 2 orang makan
complete set untuk pakej 2 orang makan

telur dadar
telur dadar

sayur
sayur

tomyam
tomyam

siakap tiga rasa
siakap tiga rasa

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

pelanggan yang setia menunggu makanan
pelanggan yang setia menunggu makanan
Tempat yang sempoi, permandangan yang cantik dan makanan pun sedap. Complete pakej. Lepas makan boleh la nak ambil gambar barang sekeping dua.
Sebelum nak balik tu, boleh la kalau rajin bagi ikan talapia makan. Makanan disediakan dengan bayaran RM1 sahaja.
kolam ikan talapia ( boleh bagi ikan makan)
kolam ikan talapia ( boleh bagi ikan makan)
Kepada yang nak ke Restoran Seafood Bujang Firefly ni, boleh la cari di Sungai Lebam, Bandar Penawar, Johor. Disertakan di bawah ni adalah gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang untuk ke restoran seafood bujang firefly.
GPS Koordinat : 1°33'43.5"N 104°10'58.7"E atau 1.562094, 104.182962

Lotus Desaru Beach Resort, Bandar Penawar, Johor

 Lotus Desaru Beach Resort yang terletak di Bandar Penawar, Johor merupakan resort yang sangat besar yang aku pernah check-in. Mungkin ada lagi resort yang lagi besar, tu aku tak pasti. Tapi ni yang paling besar setakat ni yang aku pernah sampai.

Lotus Desaru Beach Resort, Bandar Penawar, Johor
Lotus Desaru Beach Resort, Bandar Penawar, Johor
Mula-mula masuk pun dah pening cari kat mana lobby nak check-in..hihiihihhi.. Nasihat aku pusing-pusing dulu dalam tu sebelum nak parking untuk cari lobby nak check in. Jangan jadi macam aku, cari parking, last2 parking jauh dari lobby. Jauh nak kena berjalan. Nasib ada kenderaan resort yang round untuk pick up orang (macam kereta golf tu).

Fasiliti memang best la di Lotus Desaru Resort ni. Bilik pun mantap. First time jugak ler masuk bilik ada dua tingkat. Macam rumah studio.

Map dalam Lotus Desaru Beach Resort
Map dalam Lotus Desaru Beach Resort
Korang nak tahu besar mana Lotus Desaru Beach Resort ni, diorang siap provide map supaya korang tak sesat. Dalam ni ada kolam renang, ada waterpark, ada game untuk pantai, indoor game. Untuk main kolam renang dan waterpark, setiap bilik check in dapat 2 tiket free, selebihnya kena bayar lain untuk tambahan.
Lotus Desaru Waterpark
Lotus Desaru Waterpark

kolam renang yang luas dan besar
kolam renang yang luas dan besar
Korang boleh juga nak jalan-jalan dipersisiran pandai dibahagian belakang resort ni. Ada juga kawasan padang rumput yang luas sesuai untuk buat aktiviti untuk program yang besar. 
boleh jalan-jalan tepi pantai
boleh jalan-jalan tepi pantai

kawasan padang rumput yang luas
kawasan padang rumput yang luas

tempat untuk korang nak main game pantai, banana bot dan sebagainya
tempat untuk korang nak main game pantai, banana bot dan sebagainya
Selain tu, dalam Lotus Desaru beach Resort ni, ada juga mini zoo (sangkar) burung. Ada beberapa jenis burung dalam sangkar tersebut termasuk burung merak. Di sebelah sangkar tersebut, ada kereta bomba klasik yang jangan dah kita dapat tengok hari ni.
kereta bomba lama
kereta bomba lama

burung merak
burung merak
Ada banyak lagi fasiliti yang korang boleh enjoy di sini. Boleh rujuk dalam website Lotus Desaru selebihnya. Berminat untuk ke sini? Boleh rujuk gps koordinat dan google map di bawah sebagai panduan.

GPS Koordinat: 1°33'48.1"N 104°15'02.1"E atau 1.563356, 104.250577