1

2

3

4

Showing posts with label cream puff. Show all posts
Showing posts with label cream puff. Show all posts

Resepi cream puff yang sedap

cream puff
cream puff

Bahan-bahannya:
Bahan A

  • 1 cawan Air
  • 100 gm mentega/margerin
  • 1/2 sk gula
  • 1 st esen vanila
Bahan B
  • Secubit garam
  • 125 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
Cara-cara:
  • Masak bahan A hingga mendidih.
  • kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.
  • pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati 
  • masukkan adunan ke dalam piping bag. Guna nozel untuk kuih samprit dahlia pun boleh. Kalau tak guna nozel apa-apa pun ok.
  • paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.
  • kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit creampuff untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk.
Kastard filling:
  • 2 1/4 cawan susu - boleh campur dengan air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sangat
  • 1 biji telur
  • 25 gm tepung kastard
  • 25 gm tepung jagung
  • 100 gm gula castor - secukup rasa
  • 1/2 cwn teh esen vanila.
  • 1 sb mentega
cara-cara:
  • masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.
  • Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam-suam kuku melalui lubang yang di buat tadi...
  • Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...

Resepi Cream Puff

Cream Puff
Cream Puff

Bahan-bahan :

  • 100 gm butter
  • 170 gm air
  • 140 gm tepung gandum/tepung roti/tepung naik sendiri
  • 250 gm telur (anggaran 4 biji telur saiz A)
  • sedikit vanilla,gula dan garam

Cara Membuat:

  • Didihkan air bersama butter,garam,gula dan vanila.Perlahankan api.Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.
  • Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit.Adun hingga sebati.
  • Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak.Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya.Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.
  • Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air....bakar hingga masak.
Peringatan:Oven mesti dipanaskan terlebih dahulu.

Intinya:

  • 415 ml susu segar
  • 5 biji kuning telur 
  • 25 gm tepung jagung 
  • 100 gm gula 
  • 2-3 sudu makan cream jagung
  • sedikit vanilla

Cara Membuat:

Pukul sebentar telur kuning dengan gula dan masukkan semua bahan kecuali cream jagung,tapiskan.Kacau atas api hingga separuh pekat dan masukkan jagung cream.Terus mengacau bater ini sehingga pekat dan berkilat.Sejukkan dan boleh dipaipkan ke dalam puff.