Resepi masak cuka ikan tenggiri

Masak cuka ikan tenggiri
Masak cuka ikan tenggiri

Bahan-bahan:
  • 2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
  • 10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus-halus tau)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji Cili padi
  • 1 camca biji sawi (mesti ada yang tak kenai)
  • sikit halia
  • 2 camca Cuka makan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sikit minyak untuk menumih.
Cara-cara:
  • Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.jangan garing sangat tau.
  • Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
  • Masuk bawang kechik & putih
  • Masuk 1/2 cawan air.
  • masuk cuka
  • Garam
  • Gula
  • Cili padi
  • Biar sekejap dan angkat..dah boleh dihidang.
Kredit resepi: Nurhaliza

RESEPI SUP IKAN MERAH

SUP IKAN MERAH
SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan merah anggaran 800grm
  • 3 biji tomato
  • Jus perahan limau nipis secukupnya
  • 1 pokok daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan tumis:
  • 1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 biji lada hitam
  • 5 biji cili api dititk-boleh tambah
* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup

Cara:
  • Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .
  • Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.
  • Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

RRSEPI SUP EKOR ALA THAI

SUP EKOR ALA THAI
SUP EKOR ALA THAI

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kilo ekor lembu
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu bawang besar
  • 15 tangkai cili padi }di belah dua
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji limau nipis
  • 3 biji tomato
CARA MENYEDIAKANNYA:
  • Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. Kacau sampai garing dan masukkan
  • kicap sotong ,kemudian masukkan air dan ekor lembu. Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.Setelah itu masukkan jus limau,daun limau
  • purut, dan bolehlah diangkat.

Resepi Sup Gear Box

Sup Gear Box
Sup Gear Box

Bahan:
  • Kaki lembu dipotong
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Perencah Sup serbuk
  • Rempah menumis
  • Garam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
Cara-cara:
  • Kaki lembu direbus hingga empuk.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang. Bila garing, masukkan rencah sup serbuk. Goreng dengan api perlahan hingga garing dan berbau wangi.
  • Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa.

Resepi sup ketam

 

sup ketam
sup ketam 

Bahan-Bahan:
  • 4 ekor ketam bunga.
  • 4 labu bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1.5 sm halia (dikisar)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 batang serai
  • Garam secukup rasa
  • Daun saderi
  • Air secukupnya
Cara membuatnya:
  • Bersihkan ketam dan tos
  • Tumis bahan dikisar hingga naik bau.
  • Masukkan air dan sup bunjut.
  • Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.

Resepi Pizza roti Gardenia

Pizza roti Gardenia
Pizza roti Gardenia

Bahan-bahannya:
  • Roti Gardenia
  • Keju
  • Sosej dicelur
  • Cendawan dipotong kecil dan celur
  • Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa pun boleh)
  • Bawang Merah potong halus
  • Cili besar potong halus
  • Daun parsley
  • Minyak zaitun
Cara-cara membuatnya:
  • Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili, kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi, ikutlah susun ikut mana pun sukahati. 
  • Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.

Resepi roti gebu

roti gebu
roti gebu

Bahan-bahan:
  • 5 gm garam
  • 500 gm tpg h. protien@tpg roti
  • 100 gm gula
  • 20 gm susu tepung
  • 5 gm bread softner
  • 5 gm bread improver
  • 11 gm yis 
  • 1 biji telur saiz A@2 biji telur saiz C
  • 70 gm butter@marjerin
  • 200 gm air sejuk
(kalau nak buat roti pandan letak 1 sudu besar pandan paste dalam adunan)

Caranya:
  • masukkan satu persatu bahan diatas kecuali air ke dalam mangkuk mixer
  • masukkan air sikit demi sedikit tengok kalau doh agak lembik jangan masukkan semua
  • uli sampai dah betul-betul elastik-keluarkan doh rehatkan dalam 5 minit
  • timbang doh dalam 30@40 gm, bulat-bulat kan dan susun dalam loyang
  • kalau nak letak inti bulat dulu letak inti baru canai(terpulang nak buat paten mana)-tunggu doh naik 2X..
  • spray atas roti dgn air susu@air biasa.. bakar pada suhu 150@160° selama 30minit terpulang oven masing-masing
  • tunggu sejuk simpan dalam bekas kedap udara@bungkus dalam plastik
  • Selamat Meroti😘

RESEPI TENGGIRI MASAK LEMAK BERSAMA PERIA

TENGGIRI MASAK LEMAK BERSAMA PERIA
TENGGIRI MASAK LEMAK BERSAMA PERIA

Bahannya:
5 keping ikan tenggiri sederhana besar dibersihkan.
2 inci kunyit hidup ditumbuk halus.
1/4 cawan cili api  ditumbuk kasar ( ikut tahap kepedasan yang diingini)
santan dari sebijik kelapa
sedikit garam
3 @ 4 keping asam keping
1 biji peria dipotong dan dibelah.

Cara:
Tumbuk kunyit dgn sedikit garam sehingga hancur. Kemudian addkan cili api. Tumbuk cili api tu dipecah-pecahkan jer. Ketepikan
Masukkan ikan dan peria kedalam periuk. Masukkan sekali bahan tumbuk. Gaul perlahan-lahan  semua bahan serata. Addkan  sedikit garam serta asam keping dan santan. Kacau rata semua bahan.
Jerang periuk diatas api. Memula gunakan api yang besar kacau selalu untuk nak mengelakkan santan dari pecah myk. Bila gulai dah nampak cantik dan serata, kecilkan api. Biar gulai mereneh seketika. Addkan garam. Kacau rata atau goyang-goyangkan periuk dan angkat.

RESEPI SUP CENDAWAN

SUP CENDAWAN
SUP CENDAWAN

Bahan-bahan:
  • 500 gram cendawan
  • 1 biji bawang besar (bersaiz sederhana & dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • 200 gram isi ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk/ boleh digantikan dgn cili padi ikut kesukaan )
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 2 cawan air
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih dan lada hitam hingga kekuningan.
  • Masukkan ayam yg telah dipotong kecil-kecil dan kacau hingga separuh masak.
  • Kemudian masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan kiub pati ayam dan seterusnya masukkan cendawan.
  • Letak garam dan perasakan mengikut citarasa anda.
  • Setelah cendawan layu, tutup api

Resepi Kek coklat cheese kukus

Kek coklat cheese kukus
Kek coklat cheese kukus

Bahan-bahan:
2 biji telur
1/2 gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pkat manis
Blender semua diatas..

Ayak:
Tepung gandum 1 cwn
Serbuk koko 1/2 cwn
1 sudu kecik baking powder 
1 sudu kecik soda berkarbonat. .

Campur semua bahan tadi..dan masukkan air panas 1/2 cawan.. gaul sebati.

Untuk cheese :
250gm cream cheese
1/2 cawan kecik gula
1 sudu tepung gandum
1 sudu air 
Putar hingga sebati

#kukus cheese 5min pastu letak baru letak adunan kek..kukus sampai masak 😀

Kredit resepi: ha - ni fana (MAHN)

RESEPI AYAM MASAK BLACK PEPPER

 

AYAM MASAK BLACK PEPPER
AYAM MASAK BLACK PEPPER

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Black Pepper:
  • 7 ketul ayam (ikut suka anda)
  • 6 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk 
  • 4 ulas cili padai ~ ita tambah
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil tepung jagung -dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula 
  • 1 batang lobak merah ~ di potong baji
  • Lada merah dan lada hijau ~ untuk hiasan 
  • Minyak masak untuk menumis 
  • Rempah Tumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkit dan biji pdelaga
Bahan-bahan bagi perap ayam:
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
Cara-cara masak Resepi Ayam Masak Black Pepper:
  • Perap ayam selama lebih kurang 20 minit. 
  • Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
  • Angkat dan ketepikan
  • Panaskan minyak dalam kuali, kalau ayam tadi kita goreng, boleh guna lebihan minyak goreng ayam, ambil dalam 2 sudu besar.
  • Mula ita tumis dahulu rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga dan bunga lawang, hingga harum.
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau. 
  • Kalau letak cili padi tumis sekali, ita tambah cili padi nak bagi lagi pedas. kalau tak letak pun tak apa.
  • Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata.
  • Kalau letak lobak merah boleh masukkan sekali, masak hingga lobak empuk
  • Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
  • Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  • Akhir sekali masukkan lada merah dan hijau sebagai hiasan
  • Siap untuk dihidangkan.
Kredit resepi: Pokok Manggis

Resepi Apam Nasi

Apam Nasi
Apam Nasi

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 cawan gula
  • 1 1/2cawan air
  • (Blender 3bahan ni hingga halus hancur nasi)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecik mauripan (3bahan ni di gaul sebati)
  • kelapa parut(gaul dgn sedikit garam. Kukus 5minit)
Cara Memasak:
  • Tapis bahan bkender dan masukkan dalam bahan tepung. Kacau hingga sebati.
  • Bahagi beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  • Perap adunan 3 jam
  • Lepas perap panaskan kukus hingga air mendidih
  • Sementara nak tunggu air kukus mendidih sapu acuan lompang dengan minyak. Masukkan adunan dan kukus guna api besar
  • Kukus selama 15-20minit. Angkat sejukkan sekejap. 
  • Keluarkan dari acuan. Tabur kelapa parut
  • Selamat mencuba...
Kredit Resipi: Nurul Amira via Mahn 

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL

GULAI IKAN TONGKOL
GULAI IKAN TONGKOL 

Kebiasannya Nasi Dagang Kelantan menggunakan ikan tongkol untuk lauk gulainya yang di makan bersama nasi dagang. Jika tak suka ikan tongkol bolehlah di gantikan dengan ikan kembung. Anda juga boleh sediakan gulai ayam, jika tak suka ikan.
  • 2 ekor ikan tongkol sederhana besar ~ siang ikan, potong dan cuci bersih
  • Air secukupnya untuk merebus
  • 5 keping asam keping
  • 1 sudu teh garam
Ikan tongkol ni jangan rebus lama-lama sangat ya, nanti dia hancur pula bila kita masak. Cukup sekadar dia masak aje dah ok! lagipun kita akan masak dia semula nanti di dalam gulai.
Sementara kita tunggu ikan tongkol kita empuk, kita sediakan pula bahan rencah untuk gulai kita ni.

Bahan Kisar:
  • 15 tangkai cili kering ~ rendam lembut, cuci bersih dan kisar
  • 2 ulas bawang putih ~ kisar
  • 7 ulas bawang merah ~ kisar
  • 1 inc lengkuas ~ kisar
  • 1 inc kunyit hidup ~ kisar
  • 1 sudu teh lada hitam  ~ di tumbuk
  • 1 gengam kelapa parut putih ~ di kisar
Bahan Perasa:
  • 3 cawan santan
  • 2 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 buku gula melaka
  • 1 kiub ikan bilis ~ jika suka
  • 1 sudu teh Maggi Cukup Rasa ~ jika suka
Sayuran:
  • 2 biji tomato ~ potong baji
  • 2 batang timun ~ belah 2 dan potong serong
  • 2 tangkai cili merah ~ belah 2
Bahan dah pun tersedia, sekarang bolehlah kita mulakan proses memasak

Bila dah masuk sayur,  kacau rata terus tutup api. Jangan masak lama sangat bila dah masuk sayur, nanti lembik tak sedap pula. Dia sedap kalau kita makan sayur tu rangup-rangup lagi.

Dah pun siap gulai ikan tongkol kita. Mudah aje kan...

Selain Gulai Ikan Tongkol, nasi dagang juga di makan bersama, sambal kelapa.

Kredit Resepi: Kak Jie Jie

RESEPI SUP MAKARONI

SUP MAKARONI
SUP MAKARONI

Bahan-bahan:
  • 250 gm makaroni (direbus)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu teh herba campur
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 200 gm sayur campur (carot, jagung dan kacang pes)
  • 100 gm isi udang@isi ayam 
  • 2 sudu teh tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Cara-cara:
  • Makaroni di rebus dahulu & toskan
  • Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau, kmudian masukan sos cili, tomato, sos tiram
  • Bila dah garing masukkan air dan masak sampai mendidih
  • Kemudian masukkan herba campur, isi ayam @ udang dan sayur campur
  • Tepung jagung di campur dengan sedikit air dan dikacau sebati, pas tu masukan ke dalam sup tadi untuk pekatkannya.
  • Akhir skali masukkan makaroni ke dalam sup tadi dan boleh tutup api
  • Siap untuk dihidangkan

RESEPI MAKARONI KEJU PANGGANG

MAKARONI KEJU PANGGANG
MAKARONI KEJU PANGGANG

Bahan-bahan:
  • 300 gm makaroni | direbus dalam air
  • dengan sedikit garam hingga lembut
  • 375 gm keju | diparut
  • 250 krim putar
  • 250 ml susu segar
  • 5 keping daging panggang | dicincang halus
  • 3 sudu makan keju parmesan | diparut
  • Sedikit serbuk buah pala
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Cara memasak:
  • Panaskan ketuhar pada suhu 400ºF atau 180ºC.
  • Campurkan setengah cawan keju, krim putar, susu segar, daging panggang, keju parmesan dan serbuk buah pala di dalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan makaroni yang telah direbus tadi berserta dengan garam dan serbuk lada sulah dan sebatikan.
  • Tuangkan ke dalam dulang pembakar. Taburkan lebihan keju tadi dan dibakar selama 20 minit hingga kekuningan di atasnya. Tabur keju parmesan.

Resepi ayam masak kicap

 

ayam masak kicap
ayam masak kicap

BAHAN-BAHAN:
  • Ketulan ayam yang dah digoreng kunyit
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 1 biji cili hidup merah, dihiris
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Sedikit susu pekat manis
  • Lada hitam di tumbuk kasar
  • Rempah penumis (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
Bahan Sos:
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • (Secukup rasa)
Bahan Kisar:
  • 1/2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
CARA-CARA:
  • Panaskan minyak, kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Tumis bersama bahan kisar sehingga wangi.
  • Masukkan pula cili kisar, tumis lagi.
  • Kemudian masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.
  • Masukkan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup.
  • Masukkan ayam, gaul bersama sehingga sebati dan masak.
Hidangkan, kalau ada daun saderi, daun bawang, bolehlah dihias bersama. Selamat mencuba!!

Resepi Makaroni Goreng Creamy

Makaroni Goreng Creamy
Makaroni Goreng Creamy

Bahan-bahan:
  • 1 paket makaroni San Remo(bentuk C)
  • 250 gm butter
  • 0.5 – 1 kg udang (buang kulit)
  • 1 paket sosej (potong bulat2 kecil)
  • 1 botol Sos tradisional Prego
  • 1 tin cendawan butang (potong kecil-kecil)
  • 1 tin sos cendawan
  • 1 kiub ayam knorr
  • 2 labu bawang besar (dimayang)
  • 4 biji bawang putih (dimayang halus)
  • 1 cawan air(boleh tambah kalau pekat sangat)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak zaiton
Cara-cara:
  • Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaiton hingga masak. Toskan dalam bakul tos.
  • Goreng sosej hingga masak dan ketepikan.
  • Panaskan separuh butter dalam kuali. Tumiskan bawang-bawang yang dimayang tadi bersama kiub ayam knor hingga keperangan.
  • Masukkan sos prego + sup cendawan + air. Kacau sebati biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan udang dan gaul sebati. Biar hingga masak dan agak pekat.
  • Masukkan makaroni dan sosej, gaul sebati dan padamkan api.(jangan gaul terlalu lama nanti makaroni hancur)
  • Sedia dihidang. Enak dimakan dengan sos. Sesuai untuk dihidang pada kanak-kanak juga.
Nota: 
Boleh juga ditambah daging/ayam dan sayuran. Juga boleh tambahkan cili boh dalam tumisan tadi jika sukakan pedas.

Resepi ayam masak kicap dengan daun kunyit mayang

ayam masak kicap dengan daun kunyit mayang
ayam masak kicap dengan daun kunyit mayang

Bahan-bahan:(5 orang)
  • 5 ketul ayam
  • 1 ulas bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 batang cili hijau (dipotong serong)
  • 1 batang cili merah (dipotong serong)
  • 1/2 cawan kicap (campur manis dan masin)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam dan kunyit
  • Sehelai Daun kunyit (di mayang halus)
Cara-cara:
  • Gaul ayam dengan kunyit dan goreng sehingga hampir masak.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga layu.
  • Masukkan kicap, sos tiram, lada hitam, daun kunyit yang di mayang dan ayam. Goreng sehingga masak.
  • Masukkan cili hijau dan cili merah.
  • Siap untuk dihidangkan.

RESEPI PUDING PISANG KARAMEL

PUDING PISANG KARAMEL
PUDING PISANG KARAMEL

Untuk caramel:
  • 100 gm gula pasir
  • 50 ml air
Bahan pudding:
  • 3 biji telur
  • 1/4 st garam
  • 100 gm pisang (dalam 3 biji yang sederhana besar) - kakpb guna pisang berangan
  • 200 ml susu cair
  • 1/2 sudu makan brown sugar
  • 1/2 st serbuk kulit kayu  manis (tak letak)
  • 1 sudu makan tepung maizena (kak pb guna tepung jagung biasa)
Cara membuatnya:
  • Hanguskan gula pasir dalam bekas loyang, masukkan air.
  • Blender pisang dan susu cair, tapiskan.
  • Bancuh telor, garam, gula putih, gula perang dan tepung jagung.
  • Masukkan kedalam adunan pisang dan susu yang di blender tadi.- kakpb blend semua sekali.
  • Tuangkan atas karamel tadi.
  • Letakkan loyang dalam bekas yang di isi sedikit air.
  • Bakar selama 30 minit, suhu 160C.
  • Simpan dalam peti ais selama beberapa jam, baru sedap dimakan. 

Resepi nasi ayam penyet

Nasi ayam penyet
Nasi ayam penyet

Cara:
  • kisar 4 biji bawang merah + sedikit halia + sedikit lengkuas dan sedikit kunyit.. (Untuk seekor ayam saiz kecil yerk) .. Tumis dengan serai diketuk dan daun Salam atau daun Bay . Bila dah naik bau wangi, masukkan ayam dan tuang air Agak2 ayam tenggelam. Masukkan juga garam dan kiub ayam. Masak hingga nampak ayam masak elok.
  • sementara tu.. Buat bancuhan tepung... 1 cawan tepung beras + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil jintan manis ditumbuk + 1 sudu kecil jintan putih ditumbuk + 1 sudu kecil serbuk kunyit + garam secukup rasa + kiub ayam dan sedikit lada hitam yg ditumbuk... Kacau sebati.. Agak2 bancuhan tu nampak macam santan pekat.
  • bila ayam dah masak elok.. Angkat, toskan dan celup kedalam bancuhan tepung tadi dan goreng garing. Angkat... Ambil anak batu dan lenyek2kan..
  • celupkan juga tauhu dan tempe yg dipotong2 dan goreng garing.
  • dah siap.. Boleh susun di pinggan.. Nasi, ayam penyet, tempe dan tauhu yg digoreng, kobis mentah dan kacang panjang mentah yg dipotong2 dan sambal ayam penyet. Siap dihidangkan .
  • Sambal ayam penyet
Resipi: 
  • Goreng ikan bilis, dah garing ketepikan
  • minyak Agak2 yerk tak payah banyak sangat.... goreng sampai layu bawang merah + baru masukkan cilipadi dan cili besar merah yg dipatahkan dua, juga masukkan tomato yg dipotong empat.
  • Masak sampai nampak tomato layu.. Angkat ke semuanya ~ masukkan bahan2 goreng tadi dan belacan yg telah di bakar ( kalau tak bakar pun ok belacan tu) ke dalam blend, tuang juga minyak gorengan tadi.
  • Blend kasar. sekejap saja ~ tuang semula ke dalam kuali tadi.. ~Masukkan juga gula, garam dan jus Limau secukup rasa.. Juga sedikit gula melaka.masak hingga nampak pecah minyak.. Siappp
Selamat mencuba 😘

Kredit resepi: Mashitah Mas

Resepi Mee Kari Simple

 

Mee Kari Simple
Mee Kari Simple

Bahan:
  • 4 bji bawang merah bland
  • 1 labu bawang putih bland
  • 2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
  • 2 kiub pati ayam maggi
  • fishcake
  • fishball
  • tauhu kering 
  • isi ayam atau tulang2 ayam
  • 1 kotak santan 200ml
  • gula & garam secukupnya
  • air
  • ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)
  • bahan hiasan:-
  • Telur Rebus
  • Cili merah
  • Sawi 
  • Taugeh
  • Limau kasturi
Cara-cara:
  • Tumis bahan kisar , 3 sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
  • masukan batang sawi yang dah di potong.. batang sahaja ok... daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni... Masukkan ayam , fishball ,fishcake
  • Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k....
  • Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit... last sekali masukan tauhu kering....
  • tunggu sampai mendidih... siap.... 
  • boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.... ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap... 
Kredit Resepi: are peace dan Anisza mohd Shukri

RESEPI KENTANG PUTAR HOMEMADE

 

KENTANG PUTAR HOMEMADE
KENTANG PUTAR HOMEMADE

Bahan:
  • 8-10 biji kentang (direbus empuk)
  • 250 gram butter
  • 1 kotak kcil susu segar atau 1 cawan susu tepung (dibancuh)
  • garam secukup rasa lenyekkan kentang sehingga halus
  • masukkan butter, susu segar dan garam gaul sebati
KUAH:
  • 2 sudu besar butter
  • 1 batang lobak merah (dipotong halus)
  • 1 biji bawang besar(di belah 4)
  • 2 ulas bawang putih(ditumbuk)
  • 3 sudu lada hitam
  • 2 kiub ayam
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu kicap manis  panaskan butter sehingga cair dan keemasan
Cara-cara:
  • masukkan bawang putih,biarkan agak sedikit garing
  • masukkan 2 cawan air
  • masukkan lobak yang dipotong, bawang besar dan lada hitam
  • setelah masak bahan-bahan diatas blendkan
  • dan masukkan ke dalam periuk bersama 3 cawan air
  • kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, sos cili, kicap manis
  • jika kuah nampak agak cair, bancuh 2 sudu tepung jagung bersama setengah cawan air suam dan campurkan dalam kuah..
  • Biarkan menggelegak dan siap utuk dihidangkan bersama kentang.

RESEPI KARIPAP RANGUP

 

KARIPAP RANGUP
KARIPAP RANGUP

Bahan-bahan:
  • 4 cawan tpg (doh)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan air
  • 1 sk garam
Bahan Utk Inti:
  • 3 biji kentang
  • 2 genggam udg kering
  • 1 ulas bawang besar
  • 3/4 sudu rempah kari dan sedikit daun kari
Cara-cara:
  • masukkan minyak yang betul-betul panas dalam tepung
  • kacau dgn senduk, kacau dengan jari sampai berderai.
  • masukkan air. uli sampai rata sebati
  • bulat kecil-kecil sesuai utk size 1 biji karipap
  • bila dah siap. tutup dgn plastik menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim goreng dengan api perlahan.
Cara Membuat Inti:
  • tumiskan bawang besar di dalam kuali
  • masukkan udang kering diikuti dengan rempah kari
  • masukkan daun kari
  • kacau sehingga sebati dan naik bau
  • masukkan kentang , kacau sehingga sebati letakkan di dalam karipap dan goreng seperti biasa (boleh juga ditambah ayam atau daging sebagai perencah)

Resepi capati

 

capati
Resepi capati

Tepung untuk membuat capati ini dipanggil, “tepung Atta” ia bukan tepung gandum biasa, walau pun ia kelihatan seperti tepung gandum. 
Tepung atta ini diperbuat daripada bijiran gandum jenis yang keras dan biasa digunakan untuk membuat pasta. Cara buat capati amat mudah dan ringkas. 

BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan tepung atta.
  • 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan)
  • 1 cawan Air panas (suam sedikit) 
  • kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. 
  • Air untuk membuat doh.
  • Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut.
  • Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin. 
  • Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. 
  • Biarkan bebola yang telah siap selama 20 - 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab (ditakuti permukaan bebola akan kering dan keras).
  • Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung (mamak haji biasanya gunakan tepung beras) sebelum diletakan dalam papan lenyek. 
  • Leperkan permulaan dengan  90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh itu ke  45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. 
  • Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata  6″. Sebelum anda tindehkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.
  • Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang  sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakr di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. 
  • Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelombong yang mula-mula naik. . 
  • Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat.  Bila kenakan tekanan pada gelombong anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.
  • Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit .
  • Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak. 

Resepi ayam Kukus Halia

Ayam Kukus Halia
Ayam Kukus Halia

BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm ayam (bahagian paha)
  • 4 sudu teh lada putih
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar madu
  • 150 gm halia 9dikisar halus)
  • 100 gm bawang putih (dikisar halus)
  • 100 gm bawang merah 9dikisar halus)
  • 50 gm daun sup 9dihiris halus)
  • 50 gm daun bawang (dihiris halus)
  • garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
  • Bersihkan ayam dan gaul bersama bahan-bahan yang telah dikisar
  • Masukkan dan gaul dengan lada putih ,minyak bijan dan madu
  • Biarkan seketika selama sejam
  • kemudian kukus ayam tersebut sehingga masak   

RESEPI Roti Jala Pandan Bersama Sos Manis 𝗥𝗼𝘁𝗶 𝗝𝗮𝗹𝗮 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗦𝗼𝘀 𝗠𝗮𝗻𝗶𝘀

𝗥𝗼𝘁𝗶 𝗝𝗮𝗹𝗮 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗦𝗼𝘀 𝗠𝗮𝗻𝗶𝘀
𝗥𝗼𝘁𝗶 𝗝𝗮𝗹𝗮 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗦𝗼𝘀 𝗠𝗮𝗻𝗶𝘀

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air daun pandan (blend air +6 helai daun pandan)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu teh gula (optional)
  • 3 sudu bsr minyak
  • pewarna hijau
Cara membuatnya:-
  • Campur semua bahan2 & kacau. Blend hingga sebati
  • Masukkan adunan ke dlm botol muncung 3. Panaskan kuali non stick dgn api kecil. Jalakan melintang dulu, kemudian menegak. Biarkan beberapa saat, x perlu diterbalikkan. Angkat
  • Posisikan roti jala menjadi diamond..iaitu bucu ke atas. Lipat sebelah kanan & kiri ke tgh. Lipat pula di bahagian atas sedikit supaya lebih kemas & gulungkan sampai habis
  • Tinggalkan sedikit adunan utk membuat sos dlm 1/2 @ 1 cawan. Campur 1/2 cawan santan, 1/2 cawan gula & 1 cawan air. Sukatan ini saya agak2 saje. Masak di atas api kecil & kacau sentiasa hingga sedikit pekat & berlikat..
kredit resepi: Nor Afida

RESEPI SAMBAL JAWA

SAMBAL JAWA
SAMBAL JAWA

Bahan:
  • cabai melaka*
  • Ikan bilis*
  • Tomato*
  • Bawang merah*
  • Belacan*
  • Garam 
  • Gula
  • Sedikit serbuk perasa
Cara-cara:
  • Goreng yang bertanda * dahulu sampai garing.. 
  • Dah siap gorng tumbuk cabai/bawang/ikan blis/belaca
  • dah lumat baru masukkan tomato, lepas tu lenyek-lenyekkan saja 
  • last sekali gaulkan garam/gula/serbuk perasa.. 
  • Garam jangan banyak sangat ye 😉siappp... 
kredit resepi: Nadrah Mehat

Resepi Gulai Ayam versi Terengganu

 

Gulai Ayam versi Terengganu.
Gulai Ayam versi Terengganu.

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 125ml santan pekat
  • 3 sudu rempah kari
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 20 ml air asam jawa
  • 3 biji kentang – belah empat
  • Garam, gula, gula melaka secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan Kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm kunyit hiidup
Bahan Tumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
 CARA-CARA:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan tumis serta cili kisar. Tumis hingga naik bau serta garing.
  • Setelah garing, masukkan rempah kari yang dicampur sedikit air. Masukkan juga bahan kisar, kacau rata hingga naik minyaknya.
  • Selepas itu masukkan ayam bersama kentang. Masukkan pula air asam jawa. Biar masak seketika.
  • Kemudian masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan pula, garam, gula, gula melaka secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat kuahnya.
  • Siap… dan hidangkan!!

RESEPI SAYUR TIMUN MASAK LADA HITAM

SAYUR TIMUN MASAK LADA HITAM
SAYUR TIMUN MASAK LADA HITAM

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 Biji Timun batang
  • 3 ekor ikan selayang
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu lada hitam yang di tumbuk
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah
  • garam
  • serbuk perasa
CARA MEMBUATNYA:
  • Basuh timun kemudian buang kulitnya dan potong nipis-nipis.Masuk kan santan yang di campur air kedalam periuk.
  • Rebuskan ikan selayang dan ambil isinya kemudian tumbuk isi ikan bersama bawang merah bersama lada hitam.
  • Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam santan didalam periuk tadi ,panaskan ia serta kacau selama 3 minit.
  • Masukan timun dan garam serta serbuk perasa.SELAMAT MENCUBA..
Info: 
Untuk kelihatan cantik sebelum timun di potong ambil garfu kemudian gariskan di keliling batang timun tadi supaya nampak cantik dan berselera.

Resepi Ikan Bawal Hitam Sambal Kicap

Ikan Bawal Hitam Sambal Kicap
Ikan Bawal Hitam Sambal Kicap

Bahan-Bahan:
  • Ikan Bawal Hitam
Bahan A:
  • 4 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 ulas Bawang Besar – dikisar
  • 4 sudu cili kering yang telah dikisar
Bahan B:
  • 2 sudu Sos Tomato
  • 2 sudu Kicap Manis
  • 2 sudu Kicap Masin
  • 1 asam keping
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:
  • Ikan bawal dibersihkan dan dipotong
  • Gaul ikan bersama garam dan kunyit, kemudian digoreng.
  • Tumbuk bahan A dan ditumis hingga naik bau. Masukkan cili kering yang dikisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan bahan B, bawang besar kisar, asam keping dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
  • Biarkan seketika, hingga agak pekat boleh lah diangkat.

RESEPI KARI IKAN MERAH

 

KARI IKAN MERAH
KARI IKAN MERAH

Bahan-bahan: (7 orang)
  • 1 ekor ikan merah - dibersihkan dan dipotong
  • 10 batang bendi
  • 2 batang terung
  • 3 biji tomato
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar - dijiris
  • 6 biji bawang merah - dihiris
  • 4 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 1/2 in halia - dihiris
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 2 pelepah daun kari
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 1 cawan serbuk kari
  • 1 cawan air
  • 6 cawan santan
  • Garam secukup rasa
Cara-cara:
  • Ikan dibersihkan dan toskan.
  • Tumis semua bahan yang dihiris hingga wangi.
  • Masukkan daun kari, halba dan jintan manis. Kacau rata.
  • Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Tuangkan sedikit air. Kacau hingga naik minyak.
  • Masukkan santan dan garam kacau mendidih.
  • Masukkan ikan dan terung. Kemudian masukkan bendi, tomato dan cili potong.
  • Perasakan garam secukupnya.
  • Biar mendidih dan tutup api.
  • Sedia dihidang.
Sumber: resepicampakcampak

RESEPI TELUR GORENG KICAP PEDAS

TELUR GORENG KICAP PEDAS
TELUR GORENG KICAP PEDAS

Bahan:
  • Telur 4 biji
  • Sebiji Bawang besar dihiris halus*
  • Cili padi 7 biji dihiris*
  • Setengah biji Tomato dipotong dadu*
  • Kicap*
  • 4 biji Limau kasturi dibelah 2
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  • Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
  • Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
  • Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.

RESEPI TELUR PECAH HANCUR MELETOP

 

TELUR PECAH HANCUR MELETOP
TELUR PECAH HANCUR MELETOP

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 4 s/mkn cili yg telah dikisar bersama dgn bawang merah & putih
  • 3 s/mkn cili sos
  • 1 s/mkn gula merah
  • 2 s/mkn gula pasir
  • garam secukup rasa
Cara-caranya :
  • tumis cili kering hingga masak
  • masukkan cili sos
  • masukkan gula merah, gula pasir & garam
  • rasa dah meletop, pecah kan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan .. korang kaup manja telur tu dlm kuali baru jadi hancur-hancur tu. ~>> Nak jd hancur halus-halus, masa korang dah pecahkan telur, terus aje gaul telur tu dangan sambal, siap
  • sedia untuk dihidang 
Kredit resepi: Aleen Aireish

RESEPI TELUR GORENG KICAP PEDAS

TELUR GORENG KICAP PEDAS
TELUR GORENG KICAP PEDAS

Bahan:
  • Telur 4 biji
  • Sebiji Bawang besar dihiris halus*
  • Cili padi 7 biji dihiris*
  • Setengah biji Tomato dipotong dadu*
  • Kicap*
  • 4 biji Limau kasturi dibelah 2
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  • Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
  • Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
  • Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
  • Siap 

RESEPI KARI TELUR AYAM

KARI TELUR AYAM
KARI TELUR AYAM

Beberapa biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya

BAHAN-BAHAN:
  • bunga cengkeh
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • rempah kari daging
  • kerisik
  • santan - terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
  • Garam
  • Air- ikut citarasa nk kuah pekat &banyak mana
Bahan dikisar/ditumbuk:
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
CARA PENYEDIANNYA
  • bahan yg ditumbuk tadi digaul dgn rempah dlm satu mangkuk dan dibancuh dgn sedikit air.
  • panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau...
  • kemudian masukkan campuran rempah tadi yg digaul dgn bahan yg ditumbuk..
  • Biar sampai garing dan naik minyak. Lps tu , masukkan santan tadi..masukkan air utk ikut tahap kepekatan yg dikehendaki..
  • masukkan kerisik ..gaul bagi sebati ..Akhir sekali masukkan telur ayam rebus tadi.masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa.Tutup api dan sedia dihidangkan...

Resepi telur bungkus ala thai

Telur bungkus ala thai
Telur bungkus ala thai

Bahan-Bahan:
  • 2 biji telur
  • 100gm isi ayam @ daging ( dicincang)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar ( dihiris nipis)
  • 1 biji tomato ( dibelah 6 )
  • 1 camb kacang peas
  • 2 camb sas tomato
  • 1 camb sos tiram
  • garam secukup rasa
  • daun ketumbar ( dipotong 1 inci )
Cara-cara:
  • Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.
  • Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empatsegi.Sedia dihidang.
Kredit resepi: Farida Alang

RESEPI NASI MINYAK SIMPLE

 

NASI MINYAK SIMPLE
NASI MINYAK SIMPLE

Bahan:
  • 3  cawan beras basmathi
  • 1/2 cawan margerin/planta
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukupnya
  • 1 kuib stok ayam
  • Pewarna kuning
BAHAN KISAR: 
  • 6 biji bawang merag
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
BAHAN HIASAN:
  • bawang goreng
  • daun bawang dihiris
CARA:
  • Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
  • Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
  • Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
  • Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
  • Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap! 
DAGING BERIANI 
  • 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
  • 1/2cawan minyak
  • 1 cawan air
  • 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
  • 2 tangkai daun ketumbar -  sedikit garam
  • 2 biji kentang dipotong 4
  • sedikit susu cair ( agak2 )
  • 2 sudu cili kisar
BAHAN KISAR: 
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 1 1/2 cm halia
CARA:
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
  • Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap! 
kredit resepi: angah izan

RESEPI VANILLA CRUNCHY

 

VANILLA CRUNCHY
VANILLA CRUNCHY

Bahan A (Pukul sebati guna tangan/senduk kayu je)
  • 250gm butter/marjerin100gm gula perang100gm gula castor
Bahan B (Satukan)
  • 1 bj kuning telur
  • 1/2 sudu teh vanila
  • Sedikit butter oil 
Bahan C (Satukan & ayak bersama)
  • 350gm tpg gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bicarbonat
Bahan D
  • 250gm Import Coklat chip (saiz kecil2)
Cara-cara: 
  • Gaul sebati bahan A lepas tu masukkan bahan B...Dah sebati masukkan bahan C dan D
  • Masukkan dalam peti ais lebih kurang 1 jam (bahagian chiller) kemudian keluarkan & boleh dicubit kecil2/sudukan 1/2 sudu teh agar dapat biskut yang sama saiz
  • Bakar selama 16 minit menggunakan suhu 160°c (oven industri) @ bergantung kepada oven masing-masing ya..Biarkan sejuk & simpan dalam bekas kedap udara..
  • Tips nak dapatkan saiz biskut yang sama, gunakan sudu penyukat untuk menceduk adunan biskut.
Kredit resepi: Pn.Nur Azura 

Resepi Mee Jawa

 

Mee Jawa
Mee Jawa

Bahan-Bahan:
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan kakinya)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
  • Bahan Kuah:
  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
  • 3 ulas bawang putih ]
  • 5 ulas bawang merah ]
  • 3 batang serai ] mesin halus
  • Sedikit halia ]
  • sedikit lengkuas ]
  • 100 gm udang kering ]
  • 2 s/b cili kisar
  • 3 s/b serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Caranya:
  • Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
  • Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  • Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  • Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.
Kredit resepi: nor idayu

RESEPI MEE HOON STYLE KANTONIS

MEE HOON STYLE KANTONIS
MEE HOON STYLE KANTONIS

Bahan-Bahan:
  • 300 gm bihun
  • 200 gm udang @ secukupnya- sederhana besar
  • dibuang kulit dan kepala tinggalkan ekornya-(boleh
  • juga ditambah sotong, isi ayam, fish ball/cake)
  • cawan kobis bunga - dipotong bunga
  • 1/2 batang lobak merah dihiris serong
  • 4-5 cendawan segar - dihiris nipis
  • 10 biji kacang snow peas
  • 1/4 biji capsicum merah - hiris memanjang
  • 1/4 biji capsicum kuning- hiris memanjang
  • 1/4 biji capsicum hijau - hiris memanjang
  • 5-6 batang putik jagung muda - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dihiris/racik halus
  • 5 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 kiub ayam korr
  • sedikit garam
  • air secukupnya anggaran 1.5 liter
  • 3 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 1/2
  • cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis
  • minyak untuk mengoreng bihun secukup
Cara:
  • Mula-mula sediakan bihun dahulu dengan memanaskan minyak dalam kuali, gorengkan bihun sedikit-sedikit dahulu, apabila minyak dah panas masukkan lebih kurang secekak bihun dan bila bihun dah kembang terus diangkat dan toskan simpan di bekas kedap Udara sebelum digunakan. Api jangan terlalu besar nanti cepat hangus pula.
  • Sediakan pula untuk kuah kantonis. Panaskan sedikit minyak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang putih cincang dan bawang besar yang dihiris hingga layu dan berbau harum, masukkan udang, diikuti dengan sos tiram, lada sulah dan kiub pati ayam, masukkan air masak sehingga kuah agak mendidih.
  • Masukkan karot dan bunga kobis, apabila daun sayuran ini agak empuk masukkan sayuran yang lain. masakkan sebentar hingga bahan2 ini masak tak perlu lama-lama. masukkan sedikit garam dan rasakan kesesuaian rasanya.
  • Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air tadi, masakkan sehingga kuah agak mendidih dan memekat sedikit padamkan api.
  • Untuk hidangkan bihun, letakkan bihun garing di atas pinggan dan siramkan dengan kuah berserta sayuran dan udang, sedap dimakan panas-panas...
  • Selamat mencuba

Resepi Putu Bambu

 

Putu Bambu
Putu Bambu

Bahan-bahan:
  • 400 Gram Tepung Beras
  • 300 ml Air
  • 3 Lembar Daun Pandan
  • 1/2 Sendok Garam
  • 125 Gram Gula Melaka yang telah dikisar
  • 125 Gram Kelapa Parut
Cara Membuat Putu Bambu:
  • Rebuslah air yang dicampur dengan garam dan daun pandan sampai mendidih, jika sudah angkat dan biarkan sampai hangat
  • Masukan tepung beras ke dalam sebuah bekas, kemudian masukan air pandan tersebut sedikit demi sedikit sambil diadun hingga merata
  • Gunakan penapis kasar kemudian masukkan adunan tepung, dan diayak hingga adunan menjadi halus
  • Masukan adunan ke dalam cetakan bambu yang dibawahnya sudah diberi potongan kecil daun pandan(atau daun pisang) sebagai alas.
  • Lubangi bagian tengah adonan kemudian masukan sisiran gula melaka secukupnya. Jika sudah tutup dengan adunan tepung beras hingga cukup penuh dan ratakan
  • Siapkan pengukus yang terdapat lubang-lubang kecil, kemudian letakan cetakan yang sudah berisi adunan putu dengan posisi berdiri tepat di atas lubang kukusan.
  • Kira-kira setelah sekitar 10 minit dikukus, angkat dan keluarkan kuih putu dari cetakan dan sajikan di atas piring.
  • Taburi kuih putu yang sudah masak tadi dengan parutan kelapa ditambah sedikit gula pasir.

RESEPI UDANG BUTTERMILK

 

UDANG BUTTERMILK
UDANG BUTTERMILK

Bahan-bahan:
  • udang
  • tepung jagung
  • butter
  • bawang puteh
  • daun kari
  • cili padi
  • susu cair
  • garam & gula
Cara-cara:
  • Salutkan udang dgn tepung jgung dan sedikit garam.Goreng hingga masak(jangan lama sangat ye nanti udang keras)
  • Gunakan lebihan minyak goreng udang (buang sikit kalau banyak) masukkan butter & kacau hingga butter cair sepenuhnya.
  • Masukkan bawang puteh,cili padi,daun kari. Masak hingga naik bau.
  • Masukkan susu cair(kalau nak berkuah,lebihkan susu cair/air) .Perasakan garam dan gula
  • bila kuah mendidih masukkan udang yang dah digoreng tadi & gaul rata. Siap