1

2

3

4

Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Resepi Biskut Mahkota Permata

Biskut Mahkota Permata
Biskut Mahkota Permata

Bahan-Bahan:
140gm marjerin
125gm tepung gandum
105gm tepung gandum
80gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Ceri merah dan ceri hijau secukupnya
Kuning telur untuk hiasan

Cara-Cara:
Pukul mentega dan gula hingga agak kembang.
Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
Tambahkan tepung agndum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh.
Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk mahkota. Sapu kuning telur dan atur ceri merah dan hijau di atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit.

Kredit resepi: Rasa

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

 

Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Cara-cara:
Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.

Selamat mencuba😋

Nestle Breakfast Cereals Malaysia

kredit resepi: dapurciktom

RESEPI VANILLA CRUNCHY

 

VANILLA CRUNCHY
VANILLA CRUNCHY

Bahan A (Pukul sebati guna tangan/senduk kayu je)
  • 250gm butter/marjerin100gm gula perang100gm gula castor
Bahan B (Satukan)
  • 1 bj kuning telur
  • 1/2 sudu teh vanila
  • Sedikit butter oil 
Bahan C (Satukan & ayak bersama)
  • 350gm tpg gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bicarbonat
Bahan D
  • 250gm Import Coklat chip (saiz kecil2)
Cara-cara: 
  • Gaul sebati bahan A lepas tu masukkan bahan B...Dah sebati masukkan bahan C dan D
  • Masukkan dalam peti ais lebih kurang 1 jam (bahagian chiller) kemudian keluarkan & boleh dicubit kecil2/sudukan 1/2 sudu teh agar dapat biskut yang sama saiz
  • Bakar selama 16 minit menggunakan suhu 160°c (oven industri) @ bergantung kepada oven masing-masing ya..Biarkan sejuk & simpan dalam bekas kedap udara..
  • Tips nak dapatkan saiz biskut yang sama, gunakan sudu penyukat untuk menceduk adunan biskut.
Kredit resepi: Pn.Nur Azura 

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT

 

BISKUT SARANG SEMUT
BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-Bahan; 
  • 1 Buku Buttercup (250g)
  • 1 1/4 Cawan Gula Kastor
  • 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Tepung Jagung
  • 1 Cawan Tepung Kastard
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 1 Biji Telur
  • Chocolate Rice
Cara-Cara;
  • Pukul buttercup dan gula kastor hingga agak kembang sedikit. 
  • Masukkan telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  • Masukkan semua jenis tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
  • Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
  • Sagat doh menggunakan sagat timun. Sagat sikit-sikit supaya tak tertekan dan melekat.
  • Masukkan kedalam cup dan taburkan choclate rice diatasnya.
  • Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.