Showing posts with label capati. Show all posts
Showing posts with label capati. Show all posts

Pekena Zubair Capati titi Gajah, Alor Setar

 

Zubair Capati titi Gajah, Alor Setar
Zubair Capati titi Gajah, Alor Setar
Lepas aku jalan-jalan kat Bandar Alor Setar, masa nak balik ke hotel, terjumpa kedai Zubair Capati Titi Gajah ni. Hotel aku duduk tu TH Hotel...Dulu la sebelum kena jual dengan bekas menteri agama tu😁😁.. la ni tak panggil TH hotel dah..dah tukar nama...
layan makan capati
layan makan capati
Kita layan makan capati dulu sebelum balik hotel tido...

GPS koordinat dan google map Zubair Capati Titi Gajah seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 6°11'38.1"N 100°22'59.8"E atau 6.193928, 100.383277



resepi buat capati

capati
capati

Tepung untuk membuat capati ini dipanggil, “tepung Atta” ia bukan tepung gandum biasa, walau pun ia kelihatan seperti tepung gandum. 
Tepung atta ini diperbuat daripada bijiran gandum jenis yang keras dan biasa digunakan untuk membuat pasta. Cara buat capati amat mudah dan ringkas. 
Dulu Tepung ini murah dari tepung gandum tetapi kini tepung ini lebih mahal dari tepung gandum pulak dah.

BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan tepung atta.
  • 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan)
  • 1 cawan Air panas (suam sedikit) 
  • kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. 
  • Air untuk membuat doh.
  • Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut.
  • Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin. 
  • Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. 
  • Biarkan bebola yang telah siap selama 20 - 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab (ditakuti permukaan bebola akan kering dan keras).
  • Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung (mamak haji biasanya gunakan tepung beras) sebelum diletakan dalam papan lenyek. 
  • Leperkan permulaan dengan  90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh itu ke  45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. 
  • Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata  6″. Sebelum anda tindehkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.
  • Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang  sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakr di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. 
  • Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelombong yang mula-mula naik. . 
  • Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat.  Bila kenakan tekanan pada gelombong anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.
  • Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit .
  • Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak. 

Makan capati dan roti nan santai-santai waktu malam di Alor Setar

Warung capati dan roti nan

Warung capati dan roti nan
capati dan roti nan the making....
Jalan-jalan Alor setar, kalau nak makan santai-santai capati dan roti nan waktu malam, korang boleh cuba di warung tepi jalan, Jalan Anak Bukit, Pantai Johor betul-betul di simpang 3 susur jalan masuk ke taman perumahan kot. Bertentangan dengan warung ni, ada masjid Syed Muhammad Al-Bukhary Pantai Johor yang agak besar gak la. Kalau korang tengok dalam gambar tu, ramai geng-geng masjid dok mengopi di warung tu....maklum la, warung depan masjid.....dan kebetulan pulak masa aku sampai tu, masjid baru selesai solat Isyak...
Warung ni nampak cam biasa-biasa je kan... tapi diorang ni memang specialist buat capati dengan roti nan jer...nak makan benda lain takde le kat sini.... Tapi aku perasan ada gak corner yg buat makanan goreng-goreng....namum begitu, biasanya orang datang nak makan roti nan atau capati...
capati

roti nan ayam tandori

roti nan biasa
Gambar tu menu yang aku order masa dok dalam warung ni. Antara menu yang ada di sini, capati, ayam tandori, roti nan, roti nan cheeese, double cheese nan, garlic nan dan cheese garlic nan.
masjid yang bertentangan dengan warung capati dan roti nan
Bagi yang ingin mencari warung ni, landmark yang korang boleh cari adalah Masjid Syed Muhammad Al-Bukhary  Pantai Johor. Selain tu korang boleh guna je gps koordinat dan google map seperti dibawah sebagai guideline korang.
gps koordinat : 6°10'02.9"N 100°22'07.9"E atau 6.167481, 100.368861

Capati Labu Sayung Perlis

Rasa macam dah biasa sangat sarapan roti canai. So kat perlis ni aku nak try plak sarapan capati. Tapi taknak yang mamak punya....kita cari capati made by melayu...memang jarang nak jumpa..kalau roti canai belambak la orang melayu jual. Tapi kat perlis ni ada satu tempat yang ada capati melayu..aku pun tak tahu gak kat mana..apa lagi guna gps la..akhirnya gps telah bawa ku ke destinasi yang telah ditetapkan.
Signboard Capati Labu Sayung
dapur capati


Suasana dalam gerai capati

Ada dua kuah pilihan sama ada nak kari ayam atau sardin..sebab nak mencuba, so aku minta dua-dua kuah tu sekali. Rasa camna? memang sedap..ku suka kau suka nak tunggu apa?(sapa baca sambil nyanyi kita geng) bedal saja sampai kenyang..hohohohohohoho....