Showing posts with label gulai. Show all posts
Showing posts with label gulai. Show all posts

Resepi gulai kawah (daging) Kelantan

 

gulai kawah (daging) Kelantan
gulai kawah (daging) Kelantan

Bahan-bahan:
  • 1kg daging potong melintang 
  • Basuh bersih toskan
  • 1/2 kg santan
  • 4 sudu rempah kari
  • 3 sudu kerisik
  • 5 biji kentang buang kulit potong
  • Sedikit air asam jawa
  • Nise atau gula melaka
  • Garam gula secukup rasa
  • Bahan utk menumis (A)
  • 1 labu bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • Semua diatas dimayang atau potong
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Utk dikisar atau blend 
  • 2 labu bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
Cara membuat:
Panaskan minyak dalam kuali tumis semua bahan A hingga garing dan masuk serbuk kari bancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak masuk bahan B kacau masuk daging kacau bagi sebati biar sehingga air daging keluar. Tambah sedikit air kalau daging belum empuk. Bila dah empuk masuk santan kalau pekat masuk air tengok sebanyak mana kita nak kuah sesuai dengan daging. Masuk kentang biar mengelegak dan mendidih. Masuk air asam jawa garam gula nise secukup rasa dan kerisik. Biarkan mendidih merenih hingga pecah minyak. Gulai kawah ni makin lama didih dengan api kecil makin cantik dan sedap. Tadaa dah siap boleh makan dengan nasi atau pulut dan apa saja yang kita suka. Selamat mencuba semoga bermanfaat.

Kredit resepi:Azizah Daud

Resepi Pajeri Nenas

Pajeri Nenas
Pajeri Nenas

Bahan A:
  • 1 biji nenas, potong kecil (perap dg sedikit gula)
  • Santan secukupnya
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa  
  • Udang hidup
Bahan B: – bahan kisar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering 
Bahan C:
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kari. 
Cara cara:
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis hingga wangi. (Bawang bawang boleh juga dihiris jika mahu terasa bawang dalam kuah). 
  • Masukkan rempah kari yang digaul dengan air. Goreng hingga garing.
  • Masukkan udang hidup dan masakkan sebentar.
  • Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.  Masukkan nenas yang telah dicelur terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan kerisik.
  • Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

RESEPI GULAI IKAN TALANG KERING

GULAI IKAN TALANG KERING
GULAI IKAN TALANG KERING 

* Jangan tambah garam kerana Ikan kering dah masin... 

Bahan-bahan:
  • 15 potong/ketul Tulang Ikan Talang Kering (ada isi sikit sikit ya) 
  • 2 biji Terung Bulat(di belah 2 atau 4 bergantung kepada saiz) 
Bahan A (Bahan Tumis) 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 6 ulas bawang putih (di tumbuk atau hiris nipis) 
  • 1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (di tumbuk atau hiris nipis) 
  • 1 sudu besar halba campur 
Bahan B (Bahan Rempah)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk) 
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 
  • 1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk halus) 
  • 3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan babas 
  • 50 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas 
  • Santan cair dari 1/2 biji kelapa- Kalau suka 
Bahan C (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan) 
  • 1 biji tomato biji di belah 2 
  • 5 helai daun bawang di kerat panjang 
  • cili hijau besar 2 biji dibelah 2 dan di buang biji 
CARA MEMASAK:
  • Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas 
  • Masukkan Bahan A (bahan tumis) dan kacau jangan biar hangit..masak sampai wangi dan kekuningan 
  • Masukkan Bahan B (bahan-bahan rempah) yang telah di adun dan besar kan api.. 
  • Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan naik minyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak 
  • Masukkan terung. 
  • Step ni terpulang, kalau nak letak santan boleh, tak nak pon boleh. TAPI,Kalau nak pakai santan, cuma letak 1/2 biji saja.(Kalau guna santan lebih, hasil nya x sedap). 
  • Kalau tak letak santan, gantikan dengan 1.5 gelas air biasa..Kacau supaya rempah sebati dengan air 
  • Terus masukkan Tulang Ikan Talang dan Bahan C Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. 
TIPS penting: 
Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan akan hancur. 
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam (atau kekiri kekanan) 

Resepi Gulai Udang Bersama Petai

 

Gulai Udang Bersama Petai
Gulai Udang Bersama Petai

Bahan-bahannya:
  • 400gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
  • 3 papan petai ( buangkan kulit putihnye dan petai dibelah dua)
  • 2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
  • 8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
  • 2 cawan santan+1 cawan air
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
  • sedikit garam
caranya:
  • Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
  • Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan petai, masak sehingga petai betul-betul empuk, selepas itu baru masukkan udang, jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.
  • Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.
  • santan nye pekat lagi sedap, jangan buat cair sangat kuahnye tu ye
Nota: 
Kalau nak tau udang tu overcooked, isinya akan kecut sedikit dari kulit, dan pastikan kita masak udang tidak terlalu lama, dalam 8 minit lebih kurang, untuk mengekalkan kemanisannye

Resepi kari ayam

Kari ayam
Kari ayam 

Bahan-bahannya:
  • 3 ketul ayam
  • 2 sudu rempah kari Baba's
  • 1/2 bawang besar kuning
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji kentang
  • 1 cawan air
  • 2 sudu minyak
  • Secubit rasa
Cara-cara membuatnya:
  • Mula-mula panaskan minyak. Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 
  • Kemudian, masukkan rempah kari dan goreng sehingga wangi. Masukkan air dan kacau sehingga sebati. 
  • Selepas itu, masukkan kentang, kentang, bendi dan ayam dan biarkan sehingga masak. 
  • Akhir sekali, masukkan secubit rasa atau garam dan gula dan biar sehingga sedikit pekat. Siap untuk di hidang!

Resepi kari sotong (Gulai sotong pun boleh la jugak)

 

kari sotong
kari sotong 

Bahan-bahan:
  • Beberapa ekor sotong..siap basuh..kemudian goreng sekejap(untuk hilangkan air sotong)..toskan..
  • 1 biji kelapa parut(kisar dengan 3 cawan air..perah ambil santannya)
  • 2 1/2 senduk minyak masak untuk menumis..
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih hiris nipis
  • Sedikit halia hiris(taknak letak pun tak apa)
  • 1 sdt halba campur
Bahan pes:
  • 2 paket kecil rempah kari ikan brand baba's (brand lain pun ok)
  • 1 paket kecil serbuk cili
  • 1 keping asam keping
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sdb garam
  • 1/2 sdt gula
  • Sedikit perasa
  • 1 1/2 cawan air
(satukan semua di atas untuk  dijadikan pes)

Cara-cara:
Panaskan minyak..tumis bahan hiris dan halba campur hingga naik bau dan layu..masukkan bahan pes..masak hingga betul-betul naik minyak dan garing..masukkan santan..biar mendidih seketika(sambil-sambil kacau) masukkan sotong..biar mendidih ganas..sesuaikan rasa..tutup api..sedia dihidang.

Kredit resepi: mariana zainal

Resepi Kari Kepala Mamak Ikan Kerapu/Merah

Kari Kepala Mamak Ikan Kerapu/Merah
Kari Kepala Mamak Ikan Kerapu/Merah

Bahan bahan:
  • Kepala ikan jenahak/tenggiri/kerapu/merah
  • 2 keping isi badan ikan di atas
  • 1 cawan santan - pekat@cair ikut suka
  • 5 sb rempah kari ikan Baba's
  • 2 sb serbuk ketumbar Babas
  • 3 sb cili serbuk Babas
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu kecil biji sawi
  • 3 sudu besar halia + bawang putih - yg diblend
  • 5 ulas bawang merah kecil - dimayang
  • 2 tangkai biji fresh cili merah besar - belah dua
  • 2 tangkai daun kari
  • Asam jawa, sampai rasa cukup masam
  • 2 biji bawang besar merah &1 biji buah tomato - diblend hancur
  • Bendi dan terung
Cara Memasak:-
1.Tumiskan biji sawi, daun kari, bawang merah yang dimayang dan cili besar sampai wangi.
Kemudian masukkan bahan blend halia + bawang putih, serbuk-serbuk kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.
2.Kemudian masukkan blended bawang besar + tomato, biarkan sekejap, masukkan santan. Sesuaikan kepekatan kuah dengan menambah air.
3.Biarkan sampai hampir hampir mendidih, masukkan ikan. Biarkan sampai betul betul mendidih, renihkan sekejap untuk dapatkan texture kari yang menarik.
4.kari ikan mamak siap! 

Kredit Resepi :Asyraf Zainuddin

Resepi Gulai ikan tongkol

Gulai ikan tongkol
Gulai ikan tongkol

Bahan-bahan:
  • 1ekor ikan tongkol sederhana besar potong ikut suka rebus dengan asam keping masuk garam gula secukup rasa. 
  • 1/2 kilo santan pekat
  • Bahan kisar
  • 10bji cili kering
  • 2biji bawang merah besar
  • 2ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • Cili merah hijau dan cili padi

Cara-cara:

Santan pekat tadi campur dgn 5 gelas air rebus hingga mendidih masukkan piring @ sudu dalam tu supaya tidak meruap. Simpan 1/2 gelas untuk kisar, bahan kisar tadi tak payah masuk air masa blend masuk santan nanti takut bergentel tak cantik kuahnya. Santan tadi dah mendidih naik minyak masuk bahan kisar kacau rata. Masuk garam gula secukup rasa.Biarkan dia mereneh. Masukkan ikan yang dah direbus bersama kuahnya sekali tadi biar dia mereneh hingga naik minyak dan berkilat. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama reneh makin cantik kuahnya.

Resepi Gulai kambing / lembu

Gulai kambing / lembu

Bahan-bahan:

  • 1 kg Daging kambing/lembu
  • 15 biji bawang kecil dihiris 
  • 10 ulas bawang putih ( kisar)
  • 5 cm halia (kisar)
  • 6 tangkai daun kari
  • 1 biji cili hijau dibelah dua
  • 3 kulit kayu manis (1 pon cukup)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 biji tomato dihiris 
  • 3 biji kentang dibelah 
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • santan
  • Daun ketumbar

Cara-caranya:

  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bawang merah,cili hijau,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
  • Masukkan halia dan bawang putih dan tumis hingga wangi dan masukkan daun kari.
  • Masukkan daging dan serbuk kunyit dan dimasak selama 5 minit.
  • Masukkan tomato dan kentang.
  • Masukkan serbuk cili,jintan putih dan serbuk kari daging.
  • Tambah air dan biar hingga mendidih.
  • Setelah mendidih,masukkan garam.
  • Masukkan santan dan biarkan lebih kurang 30 minit dengan api perlahan.
  • Masukkan daun ketumbar dan  tutup api.

Apa yang best makan di Cargas Cafe, Bayan Lepas Pulau Pinang?


orang ramai nak makan di Cargas Cafe
           
cargas cafe
cargas cafe
Cargas Cafe yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang juga menjadi tarikan orang ramai untuk mencuba dan menikmati makanan di sini. Pulau Pinang memang terkenal dengan kepelbagaian makanan yang unik dan juga famous. Kebanyakan orang sekarang berjalan nak makan je selain melawat tempat-tempat yang menarik.
Biasanya orang akan cari nasi kandar jika datang ke Pulau Pinang kan..... Tapi Cargas Cafe ni bukan la restoran nasi kandar. Namun Cargas Cafe ni juga adalah salah satu tempat menarik untuk pencari makanan di Pulau Pinang ni. 
Apa yang menarik di Cargas Cafe ni? Jika korang datang ke sini, cuba la rasa gulai ikan pari. Ikan pari yang lembut dan sedap. Rasa gulainya lain sikit dari gulai yang kita biasa makan. Rasa gulai tu nak macam asam pedas pun ada...tapi bukan asam pedas ek, itu adalah gulai ikan pari!
gulai ikan pari cargas cafe
Lagi satu yang menjadi tarikan pengunjung adalah ayam goreng diorang. Digoreng panas-panas, kemudian letak je, berebut orang nak ambil ayam goreng. Tak sampai 5 minit dah habis semua ayam goreng tu. Kalau tak sempat ambil ayam goreng tu, kena tunggu next trip ayam goreng. Korang kena bersedia untuk berebut. Ada yang lagi licik, diorang tunggu siap-siap kat dapur...hahahahaha.
ayam goreng cargas cafe
Selain tu, ada banyak lagi makanan yang sedap-sedap di sini. Orang sentiasa ramai terutamanya waktu tengahari. Rasa macam sesak je nak ambil lauk.
sayur dan sambal
ramai orang tengah pilihan makanan

tempat makan yang terasing
dari tempat nak ambil makanan
antara makanan di Cargas Cafe

 Kepada yang ingin datang ke Cargas Cafe ni, ianya terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bagi yang tak biasa dengan Pulau Pinang, korang boleh guna gps koordiant dan google map yang aku sediakan seperti di bawah ni.

gps koordinat : 5°17'41.1"N 100°15'30.3"E atau 5.294739, 100.258416
                                        

Makan tengahari di Restoran Mid Gulai Kawah Sungai Dua, Pulau Pinang

Restoran Mid Gulai Kawah di Sungai Dua, Pulau Pinang menyediakan hidangan makanan tengahari dengan pelbagai lauk pilihan yang ada. Special di Mid Gulai Kawah ni, selain banyak lauk disediakan, yang menjadi tarikan utama adalah gulai kawah yang terdapat di sini. Walaupun yang aku tengok masa aku datang kat Mid Gulai Kawah ni cuma ada satu je kawah yang besar yang dalam restoran ni, ianya tetap menjadi tarikan kepada para pelanggan. Gulai kawah yang aku tengok ni, diaorang masak gulai daging.
Mid Gulai Kawah Sungai Dua, Pulau Pinang
suasana dalam restoran Mid Gulai Kawah Sungai Dua
Selain gulai kawah, mungkin satu lagi tarikan di Mid Gulai Kawah ni, adalah ikan bakar. Aku tak sempat nak usha jenis ikan bakar disini, cuma aku perasan ada keli bakar. Yang lain korang kena datang tengok sendiri. Aku datang sini, fokus aku nak try gulai kawah diorang je dan pada aku gulai kawah diorang ni memang terbaik lah...daging yang lembut, kuah pun sedap dimakan.
Gulai kawah daging

Semangkuk gulai kawah daging
Aku datang agak lewat sikit, gulai kawah dah tinggal separuh. Daging pun dah berkurangan. Tapi at least dapat juga aku merasa gulai kawah daging ni. Memang ramai orang datang ke Mid Gulai Kawah ni. Menjadi tumpuan pekerja swasta dan kerajaan sebagai port makan tengahari. Jalan depan restoran ni agak sibuk. Traffic agak banyak. Nak parking pun agak terhad di sini. Kalau parking diseberang jalan, minta korang hati-hati la nak lintas jalan tu yer.....
senarai menu dah harga Mid Gulai Kawah Sungai Dua

keli bakar

tu diaaaaa......makan tengahari aku
Kepada yang ingin mencari dan mencuba makan tengahari di Mid Gulai Kawah Sungai Dua ni, boleh la datang ke sini. Restoran ni berdekatan dengan susur keluar highway plus Sungai Dua. Keluar dari highway, kalau dari pematang pauh, ambil kanan. Korang jalan ke depan sikit, Mid Gulai Kawah ni disebelah kiri jalan. Lebih memudahkan korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat Mid Gulai Kawah Sungai Dua : 5°26'47.2"N 100°25'18.7"E

Makan tengahari di Restoran Selera Pokok Pisang, Alor Setar Kedah

Sebagai salah satu pilihan untuk makan tengahari, boleh la jenguk-jenguk restoran selera pokok pisang ni. Ada di sediakan gulai ikan semilang , gulai ikan termenung, bawal goreng...semuanya dihidangkan panas-panas.
bahagian hadapan restoran selera pokok pisang, Alor Setar, Kedah

Restoran Selera Pokok Pisang
Keadaan restoran ni agak unik la bagi aku...tu yang buat restoran ni lain dari yang lain..kalau nak compare dari segi makanan aku rasa sama je kot dengan restoran lain...ikan bakar, ulam-ulaman...semua lengkap untuk sajian makan tengahari...oklah, ni aku kasi la beberapa gambar yang sempat aku ambil untuk tatapan korang.....

Makan tengahari di Restoran Gulai 7 Kawah, Alor Setar, Kedah.

Recommended!....Jika anda kini berada di Alor Setar, tengah mencari-cari tempat untuk makan tengahari yang sedap dan unik, boleh la cari Restoran Gulai 7 Kawah ni. Memang kena dengan nama restoran tu sebab sajian gulai 7 kawah ni pun menang ada kat sini...siap tersusun 7 kawah dengan pelbagai jenis masakan gulai...memang terbaik la kalau korang makan gulai utara ni..cukup rasa....
Restoran Gulai 7 Kawah Alor Setar

7 kawah gulai tersedia untuk dimakan
Selain 7 kawah gulai ni, terdapat juga banyak lauk pauk yang lain yang boleh dijadikan pilihan...ada ikan bakar, ayam bakar, ulam-ulaman dan banyak lagi la ada kat sini....macam-macam adooo...kawasan makan pun agak selesa, tak lah panas sangat, cuma makan kat situ je panas-panas..hihihihi...masakan exotic macam daging rusa pun ada.....Aku nak share la sikit apa yang aku makan kat sini...aku ambil semangkuk gulai daging batang pisang, ikan keli bakar, ayam bakar, ulam-ulaman, sambal belacan.....memang sedap, menang terbaik...hagtag (#) 'aku suka'......dah macam jalan-jalan cari makan TV3 la plak aku ni..kihkihkih.....tp aku rasa JJCM TV3 ni pernah datang review kat sini....

Nasi Sila Lahar Kepar di Kepala Batas, dalam negeri Pulau Pinang

Nasi sila ni asalnya ia berkonsepkan makan bersila...asal usul kejadian wujudnya restoran ni, di mana pelanggan yang datang akan makan secara bersila yang mengamit kembali zaman kita dulu-dulu. Memang kita akan bersila bila datang sini...pernah keluar utusan online kisah nasi bersila ni..Namun itu mungkin dulu...sebab bila aku datang nak try makan kat sini, ramai yang pilih untuk duduk atas kerusi, tetapi nama restoran masih guna nasi sila, bukan nasi duduk atas kerusi...hahahaha....kalau nak bersila pun boleh gak, disediakan juga tempat nak bersila..cuma ramai yang pilih untuk pakai kerusi meja.........Orait, bukan konsep bersila yang aku nak ketengahkan kat sini....sebenarnya kita nak tengok apa menu yang ada kat sini....
Nasi Sila Lahar Kepar

Suasana Nasi Sila Lahar Kepar
Yang special makan kat sini, menu yang disediakan menu ala-ala kampung...dengan ayam goreng yang ranggup, gulai ikan yang sedap...seolah-olah macam mak-mak yang masak...ulam-ulaman, sambal belacan pun ada gak disediakan...jarang restoran yang buat menu berkonsepkan macam ni...kalau nak dibandingkan dengan nasi campur permai tepian, nasi sila di lebih kurang camtu, tapi nasi campur permai tepian ni banyak lagi la lauk pauk dia.....
menu yang aku makan kat sini
Tempat ni kalau korang nak cari, ia gak ke dalam sikit...kalau first time nak datang tu, better pakai gps je...terus akan dibawa ke muka pintu restoran nasi sila ni...aku dah tolong dapatkan gps koordinat kat korang...pakai je....InsyaAllah sampai la tu nanti....
                

5°32'19.8"N 100°25'00.5"E
Labeled as nasi sila

Nasi Campur Permai Tepian a.k.a bumbung kuning

Ada satu kedai makan tengahari kat permatang pauh yang sempoi..Kedai ni kalau tengak kat resit, dia tulis Nasi Campur Permai Tepian. Tapi kebanyakan orang panggil kedai bumbung kuning, mungkin bumbung kedai ni warna kuning la kot aku agak....Kedai ni tengok cam ala2 kedai mamak, tapi sebenarnya kedai melayu..Ramai gila la orang datang sini...Melayu, Cina , India semua pakat datang sini isi perut time tengah hari. Gulai dia ada banyak kat sini, boleh pilih yang mana berkenan. Harga pun kira murah gak la kat sini, sebab tu la kot ramai orang..salah satu faktor...

kedai makan bumbung kuning aka nasi campur permai tepian
senarai menu dan harga
view kedai dari tepi
Kalau nak datang sini, aku guide, korang cari UiTM Permatang Pauh dulu....sebab UiTM semua orang tau..hahahah....dari traffic light UiTM tu, korang straight je..make sure UiTM belah kiri, belah kanan korang akan nampak bangunan Pusat Komersial Permatang Pauh dan deretan gerai...Dalam 200 meter dari traffic light UiTM tu, ada traffic light simpang tiga, belok kanan. Jalan terus dalam 200 meter, korang akan nampak kedai tu belah kiri korang..off course la bumbung dia warna kuning, kalau bukan warna kuning, for sure korang silap jalan..hahahahahaha....