RESEPI SUP AYAM KUKUS

SUP AYAM KUKUS
SUP AYAM KUKUS

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam sederhana besar – anggaran 1 kg
  • Garam secukup rasa
  • Secubit gula
  • 1 camca teh madu
  • 1 pokok kecik daun ketumbar – hiris
Bahan Kisar:
  • 2 batang serai – hiris
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 camca besar lada hitam biji
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
Hiasan:
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
Cara Memasak:
  • Ayam dibersihkan dan kerat 2, cucuk dengan garfu. Letak dalam satu bekas.
  • Masukkan bahan kisar halus, madu, garam secukup rasa dan hirisan daun ketumbar, gaul rata pada semua bahagian ayam. Perap dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau semalaman.
  • Panaskan pengukus, letak jaring atas mangkuk tahan panas. Letak ayam tadi atas jaringan. Sapu baki-baki bahan perap atas ayam. Kukus selama 35 minit. Periksa ayam, jika isi kelihatan putih, tanda ayam sudah masak.
  • Keluarkan ayam dan potong kepada saiz yang anda suka. Letak dalam bekas.
  • Stok ayam yang terhasil tadi, ditapis dan tuang atas ayam tadi.
  • Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...