RESEPI SIAKAP 3 RASA

SIAKAP 3 RASA
SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahan:
  • Ikan siakap
  • Nenas (potong dadu)
  • 1 biji Bawang merah besar (potong dadu)
  • 1 biji Tomato (potong dadu)
  • Cili padi (racik bulat2 halus)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 sudu besar cili kering 
  • 3 – 4 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • Serbuk perasa, garam dan gula
Cara-cara:
  • Ikan yang dah dibasuh bersih dilumur garam dan 2sdb tepung jagung. Goreng garing2
  • Sediakan bahan potong dulu (nenas, bawang merah, tomato dan cili padi)
  • Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sehingga naik bau dan sedikit pecah minyak
  • Tambahkan cili kering kisar dan kacau2 sampai pecah minyak 
  • Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau lagi 
  • Tambahkan semangkuk kecil air. Anggaran 200ml dan tunggu sampai agak pecah minyak. Masukkan cili potong dan bawang merah yang dipotong dadu tadi
  • Masukkan nenas dan tomato dan tambah juga serbuk perasa, garam dan 1sdt gula secukup rasa. Kacau-kacau sebati dan tutup api.
  • Ikan yang dah siap goreng dimasukkan dalam pinggan dan tuang sos 3 rasa yang kita masak tadi.
  • Siap! Selamat mencuba 

Kredit resepi: Anita Sahara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...