Padu dan sedap! di Pesto Cafe, Sungai Petani Kedah

 

Pesto Cafe, Sungai Petani Kedah
Pesto Cafe, Sungai Petani Kedah

ruang dalaman yang menarik
ruang dalaman yang menarik

Pesto Cafe ni terletak di Jalan Cempaka 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah. Pesto Cafe menyediakan menu-menu yang sempoi-sempoi. Main menu adalah western food, pizza dan juga masakan tempatan. Pesto Cafe ni dua tingkat..korang boleh pilih nak makan di tingkat atas atau tingkat bawah saja.😇😇😇..

Beroperasi bermula jap 4 petang hingga ke 11 malam. Buka setiap hari kecuali Rabu. Hari Rabu cuti daaaa.....

menu set kombo makanan western
menu set kombo makanan western food
Yang rare sikit kat Pesto Cafe ni, ada menu western yang di buat secara kombo. Menu ni diorang panggil "western Heaven". Aku pun nak try yang ini juga...Aku pilih Set C dimana dalam set C ni ada pizza(regular), chicken chop, chicken grill, lamb grill, meatball serta sauage, fries dan coleslaw.
set C, penuh satu talam
set C, penuh satu talam
Selain tu, aku order juga nasi goreng thailand, mushroom soup with garlic bread. Saja nak try...tapi sedap juga la...😍
nasi goreng thailand
nasi goreng thailand

mushroom soup with garlic bread
mushroom soup with garlic bread
Ini makanan yang aku makan jer....ada banyak lagi menu yang menarik ada di Pesto Cafe ni. Gambar-gambar di bawah adalah antarar menu-menu makanan yang terdapat di sini.
menu pizza
menu pizza

menu western
menu western

menu western heaven dan nasi goreng
menu western heaven dan nasi goreng
Kepada yang nak datang ke Pesto Cafe ni, boleh cari di Amanjaya ataupun korang just guna je GPS koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat: 5.670984367142777, 100.508232216005

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...