Resepi Kek Pisang

Kek Pisang
Kek Pisang

Bahan-bahan: 
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan pisang (6 biji pisang emas dilenyekkan)
  • 1 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sk ovelette
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk soda bikarbonat
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara: 
  1.  Pukul telur, esen vanila, ovelette & gula sehingga kembang (mixer).
  2. Masukkan minyak dan pisang yang dilenyek. Pukul sampai rata.
  3. Sementara itu ayak tepung bersama baking soda dan soda bikarbonat.
  4. Matikan mixer. Masukan tepung ke dalam adunan dengan sedikit pewarna kuning. Gunakan teknik kaup balik hingga rata.
  5. Panaskan kukus dan kukus dalam masa 35-40 minit.
  6. Siap!

kredit resepi: Azlina Ina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...