Resepi Ayam Buttermilk

Ayam Butter Milk
Ayam Butter Milk

Bahan-bahannya:
  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (hiris atau potong dadu, boleh juga guna bawang holand)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk-ketuk jer)
  • 6 biji cili api hijau
  • Minyak untuk goreng ayam
Cara masaknya :
  • Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  • Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer)
  • Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  • Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  • Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  • Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  • Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat.
  • So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit-sikit jer.
  • Dan kalau terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
  • Dah siap, makan dengan nasi panas-panas..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...