RESEPI AYAM SOS SIAM

ayam sos siam
ayam sos siam

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili 
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang)
  • sedikit gula (optional)
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  • Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  • Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. 
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...