Nasi Kandar Imigresen, George Town Pulau Pinang

Nasi Kandar Imigresen
Nasi Kandar Imigresen
Salah satu tempat famous nasi kandar di Pulau Pinang ni, adalah Nasi Kandar Imigresen yang terletak di Lorong Pasar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Nasi Kandar Imigresen ni sebenarnya bukan la sebuah restoran besar, tetapi sekadar kiosk roda yang menumpang di depan restoran cina...Nak makan nasi kandar ni, kena beratur panjang la beb..Aku just beli takeaway jer...sebab tempat makan tak banyak..
kuah, lauk pauk nasi kandar imigresen
kuah, lauk pauk nasi kandar imigresen
Nak kata banyak sangat lauk pauk, macam tak masuk akal gak sebab nasi kandar imigresen ni mungkin dan famous kot...Jadi walaupun limited lauk, tetap ada peminatnya yang tersendiri.
joki nasi kandar sedang beraksi
joki nasi kandar sedang beraksi
Nasi Kandar Imigresen lebih sesuai kalau nak beli bungkus nasi kandar. Ini kerana tempat makan sangat terhad. Namum begitu jika masih nak makan juga di gerai ini, diorang boleh menumpang di gerai cina sebelah tu...Cina tu akan ambil order minuman...Aku rasa sebagai syarat untuk pelanggan Nasi Kandar Imigresen untuk tumpan makan di restoran cina ni.

Nasi Kandar Imigresen ni beroperasi setiap hari kecuali pada hari Rabu, Rabu diorang cuti. Boleh datang seawal jam 7 pagi sehingga la 7 malam...

beratur panjang di Nasi Kandar Imigresen
beratur panjang di Nasi Kandar Imigresen
Kepada yang nak datang ke Nasi Kandar Imigresen ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°25'04.6"N 100°20'18.0"E atau 5.417944, 100.338327

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...