RESEPI PARU GORENG BERLADA

paru goreng berlada
paru goreng berlada

Bahan rebus:
  • 700 gram - 1 kg paru
  • Asam keping
Bahan kisar:
  • 9-10 tangkai cili merah - boleh guna cili kering kisar
  • 5 ulas bawang putih 3biji bawang besar
  • Halia sebesar 2 ibujari
Bahan lain:
  • 1 batang serai - ketuk
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 keping asam keping
Cara cara:
  • Paru direbus sehingga empuk. 
  • Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
  • Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul rata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...