Resepi Nasi Goreng Nampla

Nasi Goreng Nampla
Nasi Goreng Nampla

Bahan-bahan: (untuk 2 orang)
  • 2 ulas bawang putih (dititik)
  • 10 biji cili padi hijau (kisar/tumbuk)
  • 5 senduk nasi putih
  • 2 ekor sotong (bersih & potong)
  • Sedikit kicap cair, sos nampla (sos ikan), garam dan ajinomoto
  • Sedikit minyak masak
  • Optional: boleh masukkan sayur-sayuran jika suka

Cara-cara:
  • Gaulkan nasi putih dengan cili padi yang telah dikisar. Ketepikan.
  • Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik wangi.
  • Masukkan sotong yang telah dipotong bersama dengan kicap cair dan sos nampla. Goreng sekejap (pastikan sotong masak).
  • Masukkan nasi yang telah digaul dengan cili padi serta garam dan ajinomoto. Goreng sehingga sebati. Tutup api & sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...