Masjid Melayu Lebuh Acheh - Masjid Tertua di Pulau Pinang!

Masjid Melayu Lebuh Acheh
Masjid Melayu Lebuh Acheh

Masjid Melayu Lebuh Acheh
Masjid Melayu Lebuh Acheh
Masjid Melayu Lebuh Acheh dibina pada tahun 1808 oleh Tunku Sayyid Hussain Ai-aidid, seorang pedagang rempah berketurunan Arab yang juga merupakan seorang kerabat diraja Aceh. Pada tahun 1791, beliau telah berhijrah ke Pulau Pinang dan membuka kawasan penempatan di Lebuh Acheh. Tunku Sayyid Hussain telah membina sebuah massjid pada tahun 1808 untuk kemudahan penduduk di kawasan tersebut. Seni bina masjid ini menggabungkan seni bina Moorish, Cina dan klasik dengan menara berbentuk oktagon yang masih kekal sehingga sekarang.

Masjid Melayu Lebuh Acheh pesat membangun dengan kegiatan perdagangan malah menjadi tumpuan jemaah haji apabila Pulau Pinang menjadi tempat berlepas jemaah haji menggunakan kapal sejak pertengahan abad ke-19. Sewaktu musin haji kawasan ini menjadi begitu sibuk dengan aktiviti ibadat dan pembelajaran agama para jemaah haji sementara menunggu keberangkatan ke Mekah. Peranan sebagai tempat berlepsa jemaah haji ini berakhir apabila kapal laut digantikan dengan kapal terbang sebagai pengangkutan utama ke Mekah pada tahun 1976.

Masjid yang berusia 200 tahun ini diiktiraf sebagai status 'Warisan Negara' oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia pada tahun 2006.

kawasan luar ruang solat masjid
kawasan luar ruang solat masjid

ruang solat utama masjid
ruang solat utama masjid
Selain itu masjid ini juga dikatakan sebagai masjid yang tertua di Pulau Pinang. Bukan sekadar diiktiraf sebagai bangunan warisan yang bersejarah, masjid ini juga masjid digunakan seperti biasa untuk solat 5 waktu dan program-program agama sering di anjurkan di masjid ini.
pandangan dari penjuru masjid
pandangan dari penjuru masjid
Kepada yang nak datang masjid Melayu Lebuh Acheh ini, boleh cari di Aceh Street Mosque, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map lokasi masjid adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°24'52.5"N 100°20'10.4"E atau 5.414586, 100.336216

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...