resepi nasi goreng seafood

nasi goreng seafood
 nasi goreng seafood

Bahan-bahan:
  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak/minyak bijan
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara-cara:
  • Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
  • Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
  • Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
  • Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Padamkan api.
  • Hiaskan dengan daun sup dan timun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...