Roti Canai bawah pokok kelapa sawit, Sungai Ular, Kulim Kedah

Roti Canai bawah pokok kelapa sawit
Roti Canai bawah pokok kelapa sawit

Roti Canai bawah pokok kelapa sawit
Roti Canai bawah pokok kelapa sawit
Port makan roti canai di Kulim, korang boleh cari di Sungai Ular, Warung Roti Canai Kelapa Sawit. Ada juga panggil warung ni Warung Roti Canai Simpang Sungai Ular ataupun Kedai Roti Canai Pak Lang. Apapun orang nak panggil warung ni, semuanya merujuk kepada warung yang sama. 

Warung ni terletak betul-betul di Simpang Sungai Ular. Waktu pagi memang menjadi tumpuan warung ni. Tempat orang cari roti canai untuk bersarapan pagi.

roti canai banjir
roti canai banjir
Aku makan roti canai banjir jer. Banjir dengan kuah dal. Selain roti kosong, korang boleh cuba gak la jenis roti canai yang lain. Antaranya roti canai tampal, roti canai telur, roti canai sardin dan sebagainya.

Makan waktu pagi di sini sempoi dan nyaman..duduk santai di bawah pokok kelapa sawit. Kepada yang nak datang ke sini, aku sediakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan.

GPS Koordinat: 5°22'21.1"N 100°34'52.9"E atau 5.372513, 100.581352



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...