RESEPI KENTANG PUTAR

kentang putar
kentang putar

Bahan-Bahan:
1.Kentang(ikut suka nak banyak mana)
2.Mentega/butter
3.Tepung gandum
4.Garam
5.Secukup rasa/serbuk hilal
6.Kiub pati ayam-1
7.Kicap(saya suka kicap mudim, ikut la nak tak kicap apa yang uolls suka)
8.Serbuk lada hitam
9.Air

Cara memasak:
(KENTANG)
  • 1.Rebus kentang dengan air dan isi sedikit garam sehingga empuk.
  • *Bila dah empuk, tos kan dan boleh lenyek, air rebusan kentang jangan buang lagi, kalau kering sangat masa lenyek kentang tu boleh isi air rebusan kentang tu sikit.
  • *Dah siap lenyek boleh guna apa sahaja, senduk ke sudu ke bulatkan dia dan letak dalam bekas atau mangkuk.
(KUAH KENTANG PUTAR ALA KFC)
  1. Cairkan mentega/butter, kalau kentang banyak boleh isi dalam 3 sudu mentega ataupun suku butter.
  2. Lepas cairkan butter, masukkan satu sudu tepung gandum yang belum dicampur air dan gaulkan jangan biar hangus, sambil gaul letakkan serbuk lada hitam satu sudu kecil. API PERLAHAN JE YA!
  3. Masukkan air(suka hati nak banyak mana, kalau banyak kuah sebab boleh cicah dengan ayam goreng), kacau sehingga sebati ya.
  4. Lagi 3 susu tepung campurkan dengan air untuk pekatkan kuah dan masukkan dalam kuali kacau sehingga kuah jadi pekat. Kalau kuah dah pekat, tak payah tambah tepung dah.
  5. Masukkan kiub pati ayam,garam dan secukup rasa. Then letakkan kicap sikit demi sikit sampai warna kuah jadi keperangan.
  6. Rasa kuah anda, dah cukup rasanya sedap dah pekat macam KFC punya tu, dah boleh tutup api dan makanlah bersama kentang tadi dengan bahagianya. 😊

P/s: Masak sehingga mendidih ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...