Restoran Anjung Keli, tempat makan tengahari popular di Perlis

Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli

Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli ni memang tempat famous untuk makan tengahari di Perlis ni. Terletak di dalam daerah Kangar dan berdekatan dengan simpang 3 traffic light Jalan Behor Pulai. Tempat parking pun ada luas dan selesa namun bila waktu puncak, parking full!...

Anjung Keli ni aku dah pernah buat review dalam blog aku ni masa tu tahun 2017. Boleh rujuk post aku yang lepas DI SINI untuk baca. Makanan di Anjung Keli ni memang sedap la. Sebab tu la rasanya ramai orang datang. Banyak dah blogger buat review berkenaan Anjung Keli ni dan semuanya rekomen untuk korang cuba makan sendiri di Anjung Keli.

banyak pilihan lauk di Anjung Keli
banyak pilihan lauk di Anjung Keli

banyak juga pilihan ulam-ulaman
banyak juga pilihan ulam-ulaman
Disebabkan nama restoran ni Anjung keli, jadi aku buat keputusan nak makan ikan keli di restoran anjung keli ni😅... Tak pasti la aku kenapa restoran ni dinamakan anjung keli. Aku rasa sebab ada ikan keli la kot😁😁...
ni nasi campur untuk makan tengahari aku di Anjung Keli
ni nasi campur untuk makan tengahari aku di Anjung Keli
Setiap pinggan akan dilapik dengan kertas. Mungkin senang diorang nak basuh kot. Lagi satu, korang kena bayar dulu sebelum makan. Yang ni rule diorang la..Rasa macam ok gak, sebab kalau diorang nak serve setiap meja, mungkin akan lambat dan customer akan marah-marah dengan jumlah customer yang ramai pada satu-satu masa....

Kalau korang bercuti di Perlis, boleh la cuba makan di sini. Aku sertakan GPS koordiant dan google map sebagai rujukan korang untuk ke Anjung Keli.

GPS koordinat: 6°25'46.9"N 100°13'00.7"E atau 6.429690, 100.216850

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...