Makan Nasi Lemak Di Warong Muhibbah, Taiping Perak

Warong Muhibbah, Taman Tupai Mas, Taiping
Warong Muhibbah, Taman Tupai Mas, Taiping
Nak makan nasi lemak sedap? Korang boleh datang ke Warong Muhibbah yang terletak di Jalan Tupai berdekatan dengan Taman Tupai Mas, Taiping, Perak. Warong Muhibbah ni juga tak jauh dari Taman Tasik Taiping. Sebelum korang nak jalan-jalan taman tasik ke, nak masuk zoo taiping ke, boleh la singgah dulu sarapan pagi nasi lemak di Warong Muhibbah ni✌✌✌...
senarai menu Warong Muhibbah
senarai menu Warong Muhibbah

Warungnya sederhana tetapi menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang disajikan di situ memang enak memenuhi selera.Warung ini terkenal dalam kalangan penduduk Taiping dan sekitarnya, malah terkenal dalam kalangan mereka di luar Taiping, khususunya di sebelah utara.

Nasi lemak ni nasi lemak berlauk. jadi korang boleh pilih la jenis lauk yang korang suka, ada sambal bilis, sambal sotong, ayam goreng, udang, daging dan lain-lain. Menu sarapan aku di Warong Muhibbah ni aku pilih nasi lemak lauk daging, udang dan juga bilis beserta telur mata.

nasi lemak ikan bilis telur mata
nasi lemak ikan bilis telur mata

nasi lemak daging
nasi lemak daging

nasi lemak udang
nasi lemak udang 

Disebabkan keenakan nasi lemak di warung ini, tidak hairanlah walaupun hanya warung sederhana di tepi jalan, ia amat popular. Setiap hari ia dipenuhi oleh pelanggan baik dari Taiping atau luar Taiping untuk bersarapan pagi. Warung nasi lemak ini dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengahari. Sejak awal pagi sebaik perniagaan bermula ramai sudah berbaris untuk menjamu selera. Kebanyakannya makan di warung berkenaan tetapi ada juga yang beli bungkus untuk dibawa balik. Pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan ramai daripadanya adalah pelanggan tetap.

Jika korang berhajat untuk sarapan nasi lemak di warong muhibbah ni, korang boleh la cari di Taman Tupai Mas, Taiping. Aku serta juga di sini GPS koordiant dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 4.839216952494752, 100.7489293943075

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...