Asam Pedas Berempah/ Asam Pedas Melaka Ikan Siakap

Asam Pedas Berempah/ Asam Pedas Melaka Ikan Siakap
Asam Pedas Berempah/ Asam Pedas Melaka Ikan Siakap

Bahan-bahan (5-6 hidangan):
  • 1.0-1.5 kg ikan siakap/ tenggiri/ jenahak/ pari/ kembung
  • 3 biji bawang besar/ 12 biji bawang kecil*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci kunyit/ 1 sdt serbuk kunyit*
  • 25-30 tangkai cili kering (buang biji)*
  • 1 sdt lada hitam*
  • 1 sdt ketumbar*
  • ½ sdt jintan manis*
  • ½ sdt jintan putih*
  • 1 sdt halba
  • 3 batang serai (ketuk)
  • 3 sdb asam jawa + sedikit air
  • 1L air/ secukupnya
  • Segenggam daun kesum
  • 3 helai daun limau purut
  • Kacang bendi
  • 2-3 biji tomato
  • Garam & gula secukupnya
Cara Penyediaan:
  • Cuci ikan & potong kepada beberapa bahagian.
  • Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak masak. Masukkan halba & serai. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Ulang 2-3 kali supaya masakan tahan lebih lama. Masukkan juga gula & garam ketika menumis.
  • Masukkan pula air asam jawa, air, daun kesum, daun limau purut. Biarkan kuah mendidih.
  • Seterusnya, masukkan ikan & kacang bendi. Biarkan seketika sehingga ikan masak.
  • Akhir sekali, masukkan tomato. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
- Dalam resipi ini, saya menggunakan 2 ekor ikan siakap.
- Jika suka, boleh juga masukkan belacan & bunga kantan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...