Kedai makan tengahari kak Teh @ Pak Chop, Serdang Kedah

Kedai Kak Teh @ Pak Chop
Kedai Kak Teh @ Pak Chop
Serdang Kedah ni bukan besar mana pun. Serdang Kedah ni kawasan kampung je.. tak sama macam Serdang Selangor. Pusing-pusing pekan Serdang tu, jumpa yang tu jugak. Tempat makan tengahari yang jadi tumpuan di Serdang ni adalah Kedai Kak Teh ataupun dikalangan orang tempatan diorang panggil kedai makan Pak Chop. Landmark Kedai Makan Kak Teh ni, korang cari je stesen bas Serdang. Kedai Kak Teh ni memang betul-betul bersebelahan dengan stesen bas tu. Nak lagi confirm, ada tandas awan sebelah yang lagi satu Kedai Kak Teh.
banyak lauk makan tengahari
banyak lauk makan tengahari

ni nasi campur aku
ni nasi campur aku
Mungkin Kedai Kak Teh ni ada banyak lauk yang boleh dibuat pilihan yang menjadikan Kedai Kak Teh ni menjadi tumpuan masyarakat setempat terutamanya pekerja-pekerja disekitar kawasan Serdang untuk datang makan tengahari di sini.

GPS koordinat : 5°12'41.1"N 100°36'42.8"E atau 5.211404, 100.611891

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...