Makan nasi kandar Restoran Pelita, Gelugor Pulau Pinang

 

Restoran Pelita Nasi Kandar
Restoran Pelita Nasi Kandar

Gambar dari pakcik google Restoran Pelita Nasi Kandar
Gambar dari pakcik google Restoran Pelita Nasi Kandar
Restoran nasi kandar Pelita di Gelugor ni antara cawangan Restoran Pelita yang terdapat di Pulau Pinang ni. Ada banyak cawangan diorang ni. Kebanyakkannya aku dah pernah makan nasi kandar di Pelita-Pelita yang lain. Boleh cari dalam posting aku yang lepas. Restoran Pelita di Gelugor ni pun sebenarnya aku dah pernah buat posting. Boleh rujuk dalam posting SINI. Posting lepas tu aku tak makan nasi kandar, just makan makan-makan lain yang ada di sini. Sebenarnya selain nasi kandar, ada juga makanan lain yang diorang sediakan. Contohnya, makanan yang goreng-goreng, sup-sup, roti canai...😋😋😋😋

Tapi kali ni aku nak makan nasi kandar......

nasi kandar ayam bawang, petola goreng, telur masin
nasi kandar ayam bawang, petola goreng, telur masin

nasi kandar ayam bawang, bendi rebus
nasi kandar ayam bawang, bendi rebus
Nasi kandar kalau ambil, kuah mesti mau campur...tak campur tak sedap dan tak jadi la nasi kandar. Ok lah geng, terbaik gak la nasi kandar ni..Kalau korang nak datang, boleh refer gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat : 5°21'07.2"N 100°17'57.6"E atau 5.352011, 100.299323

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...