Sarapan pagi roti canai transfer road, Pulau Pinang

Gerai roti canai transfer road
Gerai roti canai transfer road

Gerai roti canai transfer road
Gerai roti canai transfer road
Salah satu port best sarapan pagi di Pulau Pinang, makan roti canai transfer road. Aku dah pernah buat posting dah sebenarnya pasal roti canai transfer road ni. Boleh rujuk posting aku yang lepas DI SINI. Tapi kali aku nak post la sekali lagi..posting yang lepas tu tahun 2017😊😊😊....

Sebab apa panggil roti canai transfer road? Sebab gerai roti canai ni memang terletak di kaki lima Jalan Transfer Road, George Town Pulau Pinang. Tempat ni walaupun kecil dan sempit serta tak selesa nak makan, namun masih ramai yang datang seolah-oleh macam tempat ni luas dan selesa untuk makanπŸ˜…πŸ˜…... Tapi masa sekarang ni macam dah ok dak, sebab diorang buat satu lagi tempat makan yang luas sikit diseberang jalan...jadi korang boleh pilih la nak makan yang sebelah mana...Kalau nak legend dan nostalgia, pilih la makan di sebelah kali lima jalan tu...

roti canai ayam kari
roti canai ayam kari

roti canai kosong
roti canai kosong
Apa yang rare di roti canai transfer road ni, roti canai dimakan sekali dengan ayam atau pun daging. Bukan secubit ayam atau daging, tapi seketul terus diorang bagi. kalau makan di warung roti canai biasa, mungkin kita jarang dapat yang style macam ni kan....Boleh la korang nak try kalau datang ke Penang ni...

Cumanya parking agak mencabar la sikit.. kena usaha gigih sikit la...

GPS koordinat Roti Canai Transfer Road : 5°25'13.9"N 100°19'49.9"E atau 5.420524, 100.330528



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...