RESEPI KERABU TELUR DADAR

KERABU TELUR DADAR
KERABU TELUR DADAR

Bahan-bahan :
  • 3 biji Telur
  • 1/2 camca Teh Serbuk Lada Hitam
  • Secubit Garam
  • 1 sdu teh tepung jagung
  • Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna non stick pan. Dadar nipis-nipis. Gulung kemudian hiris nipis-nipis
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 kuntum bunga kantan - mayang halus
  • 1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus
  • 1 biji tomato buang biji dan potong kecil
  • 1 genggam ikan bilis goreng
  • Sedikit sos ikan
  • 2-3 biji limau kasturi ambil jusnya
  • Sedikit gula
Bahan tumbuk:
  • 1 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 ulas bwang putih dibakar
  • 1/2 inci belacan
Cara-cara :
  • Masukkan semua bhn dlm mangkuk kecuali ikan bilis
  • Gaul hingga rata.
  • Renjiskan sedikit sos ikan
  • Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng, gaul rata2 dan sesuaikan rasa.

Selamat mencuba.

Credit resepi: Razainiza saad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...